23 September 2008

Gering.

Gedeganggggg !!
kuat sekali kuakan ayah.
pintu usang hampir lerai dibuatnya.

"Uweeekkkk....!!".

Kami terkejut. Ibu gusar. takut2 terberi makanan beracun.

"Ngaper ayoh ?..."

"Tak .. tak de ape pe.. tak de selera gamoknya..."

Gua keliru.

Penyudah. Hanya tegukan air suam sahaja. Air teh panas kegemaran ayah terbiar lesu. Jika di zaman sihatnya, tetapan terbaik hanya bisa di buat oleh ibu. Baru2 ni sahaja, gua bisa mendapat tune terbaik membuat teh.

"Fuhhh......". Asapan rindu. Memang itu rutin ayah. Tatkala selesai berbuka.Hanya perokok sahaja dapat menjiwai ritual sebegitu. Perlahan2 gua duduk di depan ayah.

"Ni rokok ni...tak bagus utk .....uhukk ahukk!! ....kesihatan. ". sedikit terencat iklan kesihatan. Namun gua akur. Itu memang nasihat true.

Raya tahun itu memang kurang seri. Ayah terbaring melihat tetamu datang. Kuman dalam, attack makin kuat. Batuk usah cerita. Dendangan wajib di malam hari.

Hospital Besar Kuantan, gua berpisah dgn ayah. Air teh bungkus masih panas di sisi. Doktor memanggil waris. Staf hospital kelam kabut mengangkat ayah.

Ayah. nasihat itu memang true.

Al- Fatihah.

Mohd Ghazali Mat Ali (1932-2003)

1 ulasan:

bayam berkata...

ini tahun saya punya raya pun terasa kurang seri.Ayahanda tercinta pun sedang kurang into kesihatannya.. :(