07 Ogos 2008
Misteri Iskandar.
"Nak naik dengan Iskandarr...!!",teriakan tahap king menerjah seksyen 7 , kota damansara pagi itu. Gua menyirap pun tahap king.
"Iskandar pergi dengan ayah dia", gua memberi keterangan.
"Nak naik dengan Iskandarr...!!", itu saja balasan yang diberi oleh seorang kanak2 yang hampir mencecah 4 tahun di depan gua ni.
Iskandar merupakan rakan sedarjah AY di tadikanya. Ntah mengapa dia begitu 'in' dengan ini budak. Mungkin beliau seorang pendengar yang baik berbanding gua.
"Nak naik dengan Iskandarr...!!", terjah lagi AY melihat tiada respon.
"Dah la tu bang ! ", si dia mencelah setelah melihat tiada resolusi.
"Meh la saya bawa Iskandar tu sekali.....".
Hari itu gua berhenti sejenak membawa AY ke tadika. Saat emas gua merempit bersama anak membelah angin pagi tiada lagi.
Iskandar !! Wa hangin sama lu ... !!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan