18 Julai 2008

Seni Bergambar.



Zaman dulu, sebut bergambar , gua terus berlari ke dalam bilik sambil bergenang air mata. Bukan main gembira. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Nak nak , dalam keluarga, antara yang paling fotogenik tidak lain adalah gua. Berdasarkan perkiraan umur, boleh di katakan gua agak berbakat dalam mengayakan aksi2 yang top ketika itu. Kalau takat nak posing Hail Amir, DJ Dave, Latif Ibrahim memang dalam genggaman. Justeru, dalam bergenang2 tu, gua akan melakukan pemilihan pakaian yang paling in utk sessi pengambaran.

Kaki kanan mesti di letak atas batu atau apa2 objek yang di rasakan munasabah. Tangan kanan secara auto akan menyendal dagu sementara tangan berbaki akan mencekak pinggang. Nampak kan ? gua mmg berbakat.

Owhh...tidak lupa. Mata tidak perlu memandang ke arah lensa. Ini bukan gambar kad pengenalan. Justeru, gua pastikan hala tuju mesti ke arah langit atau pucuk rambutan. Sementara itu tidak lupa, latar belakang mesti berunsurkan alam sejagat. Contohnya rimbunan bambu, air terjun atau sekali sekala motor scrambler Azroy si pelajar cemerlang.

Walaupun, gua remaja di zaman rock kapak Searsshhh Wing Jerangkung Dalam Almari, namun gua sedikit terpengaruh dengan aliran2 terdahulu.

Setelah bergambar , soklan cepu emas mesti gua utarakan dengan hati berbunga.

"Bila Ayah Cik nak cuci gambo ??"

3 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

peh..ini betul punya klasik gambar tu beb..

Tanpa Nama berkata...

jai,

hang yg pakai topi tu ke...hu hu hu

Unknown berkata...

pp,
klasik2 ni memang majoring la.

elly,
tak de la. gambar rembat tu. seganlah taruk gambar sendiri, nnt kene superimpose.