21 Julai 2008
Malam Rasta Muda Mudi. Muktamar Ad Hoc 2008.
Itu Sabtu, gua agak padat. Dari buka mata pagi hari membawa ke malam. Rasa dah jadi Yang Berhormat. Cuma kurangnya, gua hanya merempit. Kenderaan alaf baru pasca harga gila rm2.70. Gerak selangkah bermakna kuasa beli makin tiris.
Gua dapat sms. Dengar kabar ada event menarik di sana. Gua wajib ke sana. YB Haniza perlukan ini liputan. Wanita besi ini sudah mengambil alih tampuk pemerintahan Taman Medan. Kawasan yang gua rasa penuh dengan 1001 isu. Orang miskin , orang susah, isteri tunggal, anak tanpa bapa. Warna realiti.
Itu siang. Sekarang hari sudah malam. Saat ini gua mesti tak lepaskan. Sudah 8 tahun , gua tak jumpa ini olang. Dengar citer , dah jadi otai kat Riyad sana. Jeles !
"Woii ! kat mana Rasta ni?"
"Gua kat TTDI ni..."
gua teks Rizal. Bab2 geografi ni mmg nyilu.
Salam. Duduk. Order.
"Kasi bali panas satu"
"Aik ! kata pengeteh tegar?", muskil Rizal dengan pesanan gua.
"heheh....siang tadi gua dah mabuk teh. Malam kene cover."
Damn! Sudah 8 tahun tidak bertemu. Masa memang kejam. Faris tetap macam dulu. Gua ingat dia dah insaf tawadduk. CrashNBurn, kawan baru. salam perkenalanan dude.!
Borak2. Gelak2. Topik ke topik. Parenting, bola, mekah, umrah, perempuan, jeddah, madinah, iran, beirut, visa, orang arab yang sengal dan pemalas, penyakit kawasaki, projek teropong terbengkalai, palestin, misteri student usm ?, ip specialist, nurse yang porak peranda , warghh,...ngantuk ...
"Dik ! Kasi teh tarik satu...", gua order di kala jam 12 tgh malam. Ini lah di namakan tegar.
Borak! Borak. Topik makin hangat. Masa memang kejam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Mata dah rabak. balik la oiit. lagi mau overnite.
masa memang kejam.
Salam perkenalan... hehe.. pejam celik, gelak sakan, entah berapa jam malam tu kita dok banti gelak... haha..
patut kene order utk separuh masa ketiga itu malam. azan subuh, baru minta kira....
Catat Ulasan