05 Jun 2008



Misi Ultimate 2007 (MU2007) : Gegar Di Munzalifah.

Setelah berwukuf , kini tiba masanya utk bermalam di Munzalifah. satu lagi destinasi penting utk melengkapkan ibadat ultimate ini.

"Kita akan bertolak ke Munzalifah selepas solat maghrib nnti", jerit pekerja TH melalui pembesar suara. Gua masih mamai kerana menjaga mata agar tidak melepaskan barang seminit saat emas waktu wukuf yang datang sekali dalam setahun. Saat2 yang begitu power kalau kita up-kan request2 bersifat mikro dan makro. Gua ada bawa sekali request2 dari rakan2 di Malaysia. Maaf , jika ada yang terlupa. Ya Allah! terimalah taubat hambaMu yang daif ini. Terlihat di kiri dan kanan, rakan2 menumpahkan air mata. Dosa2 hitam yang bertimbun pinta di hapus kira. Gua sebak melihat suasana hening ini.

Maghrib selesai. Doa terakhir sebelum berangkat ke Munzalifah. Doa apa sahaja yang terlintas. Biarkan air mata berlalu laju.

Bas tiba. Manusia keletihan. Yang tua di dahulukan. Biarkan mereka selesa dalam keletihan. Biarkan yang muda mengalah di belakang.

Malam masih muda. Jam menunjukkan 9 mlm. Perlahan2 melabuhkan punggung. Penat berasak2 menaiki bas dengan beg berbondong2. Gua hela nafas panjang. Perlahan2 Munzalifah di isi manusia. Tempat gersang kini padat. Batu2 di kutip. Persiapan melontar jamrah kelak.

"Tolong kutip batu utk mak", mata redup mak gua tepat memandang.
"Mak rehat la dulu ek? Kang saya kutip", gua sajes.

Kesejukan makin mengigit. Kain ihram gua seakan2 mengalah. Terketar2 gua mengutip batu. Sekali sekala, kedengaran gelak ketawa jemaah di sana sini. Yeah !! Ketawa bisa menghilangkan duka.



Malam makin garang. Sejuk makin melihatkan kegarangan. Bas belum tiba. Mak gua sudah kegigilan. Mak sedara gua pun sama. Gua kaget. Risaukan mereka.

"Mana bas nih ?", mak makin risau.
"Kejap lagi sampai la kot ", gua cuba jernihkan situasi.
"Ah huh...sampai la kejap lagi tu kang ", mak sedara menambah.

Jam sudah hampir subuh. Kelibat bas masih tiada. Jemaah yg kuat sudah bersiap2 pergi ke Mina berjalan kaki. Gua ? Tidak bisa utk itu walau pun mampu. Downline gua perlu di jaga.

Nun di sana. Manusia sudah berebut2 menaiki bas. Sudah tidak hiraukan nombor kumpulan. Asalkan sampai di Mina dan dapat berehat. Gua makin risau. Subuh makin hampir.

"Ass solaa tu hai rum minan naum !!", azan bergema.
Gua terjaga. Mak gua masih lena. Bibir kelihatan biru. Suhu sejuk bangat.

"Mak ! bangun ! Dah subuh ni..". Mak terjaga. Mamai dan keletihan. Makanan hampir tiada di sini. Pak Arab yang berniaga air di sudut sana cukup besar kantung hari itu. Harga berlipat kali ganda. Teh secawan biasa 1 riyal , kini 3 riyal.

Matahari makin menampakkan diri. Sejuk sudah hilang. Panas pengganti. Ada jemaah sudah tidak dapat menahan sabar. Gua perhatikan sekeliling. Pelbagai reaksi.



"Mak dah tak larat nih ..", Mak gua makin layu. Jalan terhuyung hayang. Ketandusan air. Di sana sini, jemaah yang kekeringan tumbang keletihan. Petugas TH sibuk membawa jemaah ke ambulan. Memberi bantuan. Gua bersyukur masih mempunyai kekuatan.

Akhirnya bas tiba. Dengan kudrat yang ada, gua struggle habis2-an membawa beg2 dan memimpin mak dan mak sedara ke dalam perut bas. Akhirnya, berjaya jua. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Mak menangis keletihan. Gua tidak bercakap apa. Hanya berdiam diri. Begitu juga dengan mak sedara yang keletihan tidak terkata. Hanya mata yang bergerak ke kiri dan kanan. Memandang bukit2 batu.

Mina !! Kami datang !!

...bersambung

Tiada ulasan: