23 Jun 2008


Dasar Kampungan

Hampir separuh. Seperti biasa, gua akan lalai dalam meniti ujian mengkhatam buku/novel/cerpen. Lagilah kalau kategori ilmiah seperti Pengaturcaraan C++ Untuk Si Bodoh.

Jibam. Ye! ye! gua tahu. Itu sudah jatuh kategori klasik. Tapi isinya sangat relevan dengan jiwa kampungan wa. Membaca itu novel bikin gua mahu cari mesin masa. Meronta mahu diputarkan waktu. Impikan satu keadaan di mana yang di fikirkan adalah bermain dan bernakal2-an. Ye! Ye! gua tahu. Sungai utk di tiruki. Buluh yang mahu di rakiti. Sangat berwarna sekali.

Gua tak suka Tok Ngah Sudin (TNS). Tidak sedar watak penumpang. Habis harta orang di baham sesuka. Tapi itulah warna kehidupan. Ada protagonis. ada antagonis. Ada putih, ada hitam. Tidak sebaik yang kita mahukan. Ini bukan Kuch Kuch Hota Hai.

Jibam! Walau lu punya abang sudah gila sama anak TNS, tapi gua tahu TNS pasti perit menerima bala. Ye! Ye ! gua tahu, lu sudah baca, gua masih di belakang.

Habiskan segera, mohon laluan.

Tiada ulasan: