08 Mei 2008



Sabotaj 3 : Sa-buah buku Indie

Mengadap buku2 yang dipenuhi nombor2 dan figura2 aneh memang memenatkan retina dan medula oblongata. Terutama bagi mereka yang agak kurang into dengan scene membaca buku kerana di anggap kurang cool berbanding berbincang hal2 pelajar AF.

Kini, muncul satu trend di kalangan para bloggers utk mengompilkan setiap2 titipan klasik mereka dalam bentuk salinan keras. Gua kira ini satu usaha yang cool kerana bukan senang utk melakukan perkara ini jika tidak berhati kering dan sedikit err....ongkos.

Sabotaj , dulunya merupakan sebuah zine ttp sekarang bergerak selangkah berubah menjadi buku yang solid sekali penampilan. Begitu bergaya jika di baca di mana sahaja di samping intipati-nya yang mengiurkan.

Terdapat pelbagai latar belakang blogger yang menyumbangkan karya klasik di dalam Sabotaj. Antara yang telah gua berjumpa empat mata adalah Mat Jan dan PP. Bagi gua, ini sesuatu yg positif bagi menambahkan lagi bahan komiditi Malaysia.

2 Ibu Jari Atas Bagi Mereka !!

Tiada ulasan: