Ayah Yang Sengal.
Perfectionist?
Idealist?
"Yasssinnnnnnnnnnnnnnnnnn"
"Jangan main air tuh ... ingat free ke ?"
Gua marah seolah2 di depan adalah manusia mumayyiz yang tahu dosa riba' tapi buat2 kering je.
"Alaaaaaaaa........nak main air"
Alasan mudah yang bikin suhu gua berada di paras yang membimbangkan. Mata gua menyorot ganas ibarat Pendekar Tanpa Nama. Bersiap sedia menghunus pedang menyerang lawan.
Air makin rancak tersimbah hingga ke ruang tamu. Mungkin memberontak.Gua dapat rasakan gelombang rebel AY. Sudah sekian lama tidak bermain renjisan manja sang sungai. Justeru, bilik air di jadikan tempat melampiaskan ketidakpuasan kerana sudah tiada ruang bersuara. Kerajaan sekarang begitu autokratik dan kuku besi. Tidak memahami kehendak dan suara kecil rakyat.
Cekak pinggang. Berdengus.
"Tutup air tu !!", arah sang ayah yang tidak sedar diri dan tidak menghayati kronologi jangka hayat beliau sewaktu kecil.
Like father , like son.
AY terus girang menyimbah air. Membiarkan sang ayah bermonolog dengan perasaan jiwa kacau peringkat ke-8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan