Malapetaka Yang Terlepas. Terima kasih Ah Beng !
petang itu sungguh menakutkan. ibarat mahu kiamat. sangkakala mahu bertiup. bumi mahu merekah dan hancur. gunung dan bukit bersedia mahu melebur menjadi kapas. ibu2 mengandung tidak sedarkan anak di kandung berciciran.
imaginasi gua di tahap melampau. kalimah2 wahyu gua tuturkan terketar2. dosa bertimbun tapi ego menggunung. amal sekelumit bangga sedekad.
LDP gua redah walau pun kilat berbunyi seperti tiada hari esok. motor seolah2 tidak berdaya bergerak. deretan kereta semakin memanjang. Pencipta Alam seperti marahkan sesuatu.
Sayup2 kejauhan, sebujur tubuh tidak bergerak. motor juga sedemikian. lumrah seorang mat rempit. tersungkur ke bumi akibat lubang durjana. gua perlahankan langkah memerhati. seorang berbangsa Cina mengerang kesakitan dalam kelebatan hujan. pertolongan dihulur,senyum di balas.
"Errr....kalau gua tadi, pasti esok tidak bisa ngeblog", getus hati.
Kilat masih galak menyambar bumi yang penuh dengan dosa2 hitam manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan