09 April 2008

Gua ingin menakluk dunia

"Eh !" sentap Zulfa si guru garang tetapi komited.
"Kita dah tua la sekarang"

"Yeayy...."gua merenung jalan besar

"Dulu best kan ? zaman motor. malam2 keluwo ramai2 ...layan ngeteh saban malam"

"Yeay...", sapa gua malas.

"Sekarang , kita dah beranak pinak, dah berbini..",

"Yeahh...syrrppppppppppp". nescafe tarik ku hirup dengan penuh istiqomah. Begitu enak sekali di telan seketul2 agar aroma kopi yang penuh dengan pewarna dan perisa tiruan tersebut melalui tekak gua dan seterusnya transit ke abdomen. begitu enak sekali kitaran ini.

"Budak motor sekarang teruk aaa. rempit tak ikut rule"

"Aku dah bosan menangkap mat rempit ni", sapa Iza , anggota polis yang bosan dengan sistem politik negara yang baginya suck sekali.

"Cukup la." rokok di tala dengan teliti. Asap di hembus ke arah lain agar non-smoker seperti gua dapat bernafas dengan maksima.

"..asal aku selamat balik rumah , cukup lah."

"Yeahh !" gua merenung tajam ke arah jalan besar. Melihat kalau2 ada kemalangan berlaku bagi membunuh kebosanan kami di petang itu.

Namun, perjumpaan kami bertiga petang itu begitu klasik sekali. Biarpun kami telah berumah tangga dan beranak pinak, namun kami bisa menge'teh lagi. Nostalgic sekali.

Friendship is everything.

1 ulasan:

Kumprinx berkata...

bak kata orang tu, Biar mati api rokok, jangan mati kutu tak mengeteh. heh.