Bapa Mithali Kunun....?
"Boleh ke ni ?"
"Tidak , hantar je ka taska nuh...."
Anak pertama mengeliat melihat dunia. Anak kedua masih memejam melihat mimpi2 warna.
Kaget.
"Mas balik dalam lepas Zohor gitu...."
Memiliki isteri yang tidak bisa memandu mobil merupakan satu natijah kepada keletihan gua saban hari. Kesemua rukun2 kehidupan memerlukan semua downline2 gua menjadi dependent
tegar.
"Er....boleh ke mandikan Asma' tuh"
"Susu semua sudah ada atas meja ... bubur pun... ", pesan si dia sambil melihat jam tangan. Mungkin hatinya resah kerana sebentar lagi akan belajar memandu di litar sebenar. Sebelum ini hanya bersenang lenang di litar2 sepi Kota Damansara.
"...Abg cuba lah ...."
"Vrommmmmmmmmmm.........! "
kereta Metro Driving bergegas pergi.
"Ayah !! nak robot .............", galak jari telunjuk menunjuk sample robot bertag mahal.
Selang beberapa saat, anak ke dua memberi arahan dalam bahasa yang tidak dapat di terjemahkan oleh DBP.
"Wuaarghhhhhhhhhh!!".
Bau rembesan najis yang masih basah memenuhi ruang.
"Tolongggggggggggggggggggggggggggg!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan