Ayah Sengal Belajar Solat.
Err....sebagai mencapai KPI (Key Performance Indicator) bagi tahun 2008 ini, sekali dengan spirit hot2 chicken shit , gua rempit ke Lembaga Getah ukt menghadiri satu temuduga .
Gua tipu.
... utk menghadiri satu kursus solat oleh pakar yang tidak asing lagi seantero Malaya , bro UZAR (Ust Zaharuddin Abdul Rahman).
Meniti usia 30-an dengan tulang2 yang bergoncang serta uban2 yang bakal tumbuh melata, pelbagai perasaan timbul. Anak2 yang bakal membesar melihat dunia huru hara dan pelbagai warna. Knowledge gua yang suam2 kuku , menyelerakkan lagi keresahan yang tenggelam timbul.
Justeru, dengan semangat diktaktor, gua mengeluarkan surat pekeliling kepada isi rumah agar tidak bekerja pada hari tersebut dan sama2 membetulkan alignment serta menambahkan protein kepada kehidupan.
"Ayah ! kenapa kita kena solat ?"
"Ayah ! kenapa orang tak solat bisa kaya dan senang ?"
"Ayah ! kenapa orang solat ttp tetap miskin. Tuhan tu tak adil ke ?"
Oh AY ! Jangan la lu tanya itu soklan kat gua. Gua masih beginner. Heheheh.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan