17 Mac 2008

Update on Arthritis !

"Kita tengok petang ini macam mana bacaan dia." Tepat renungan Dr Ravi pada gua memberi penjelasan yang pahit itu.

"err....kalau still tinggi ?", gua garu kepala lutut tanda tidak senang.

"nampaknya u may be kene penyakit Arthritis , kita akan kasi u ubat long term, makan utk satu tahun."

Muka gua dah ketat. Apa barang umur pasca 30-an ini mendapat penyakit Arthritis !! Sungguh tidak menyenangkan.

"Ok , rizal , see u in two weeks time. Jaga diri baik2 ye.", Dr Ravi menyentuh bahu gua bagi menenangkan kerisauan tahap gaban ini.

Sms kepada Ummu Yassin (UY) memberi update terkini.

"Abng kene banyak tahajjud. Minta Allah sembuhkan."

Balasan sms UY itu membuatkan gua fana sebentar. Lintasan kereta dan bunyia hon yang sibuk seakan2 tidak memasuki gegendang telinga. Gua perlu dekatkan diri kepadaNya. Gua makin alpa.......

2 ulasan:

angel_baik berkata...

Arthritis. penyakit apa tu?..

moga terus tabah dgn ujian ini..

naqliyah berkata...

jgn lemah semangat.teruskan berikhtiar...selebihnya serah padaNya.insya'allah setaip sakit itu ada penawarnya.