Hero Pujaan
"Nak UltramanTiga!"
"Nak UltramanTiga!"
Bentak AY. Merengek minta ditukarkan ke saluran Ceria. Untuk kita2 aje.
Begitu kagum dia dengan makhluk dari Jepun ini. Jika gua imbas, begitu lah gua semasa berumur sebegitu. Taksub dan begitu ekstrim dengan tingkah laku makhluk berlampu di dada ini.
Apa keistimewaannya ?
Jika gua letakkan diri gua di 'kasut' AY. Gua pasti akan dapat ketemui akan jawapannya. Makhluk yang walk the talk. Cakap sedikit (tak cakap langsung sebenarnya) tapi melebihkan tindakan melindungi penduduk bumi dari gangguan raksasa kejam. Tindakan protective tersebut merupakan kata kunci kepada watak ini semacam wajib disukai oleh kanak2.
Apa peranan kita sebagai ayah dan ibu ?
"Dah ! Pergi main jauh2. Ayah letih nih.tadi dah aa kene marah ngan boss. Trafik jam lagi. Tengah bulan pulak ni!! Balik rumah, ko ni bising2 ..... Sana, sana !! Ayah nak rehat ni !!"
Memang patut Ultraman menjadi idola anak2 kita.
Lu pikir aaaa sendiri ....Assalamualaikum !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan