06 Mac 2008

Beban

Kebiasaan selepas jam 8 malam. Tiada lagi agenda berat selain berbual2 santai tentang kehidupan dan jarang2 pula bercerita ttg kematian. Gua masih lagi bergantung pada ubat. Sesekali terlupa makan, pasti gerak langkah gua akan delay beberapa saat kerana kekuatan sendi sudah mula menurun.

"Assalamualaikummmmmmmmmmm....", jerit Daniel bersama kakak menemani.

Ya! Rutin baru keluarga kami. Kelas mengaji. UY sudah sekian lama menyuarakan hasratnya utk mengajar mengaji di rumah gua. Gua rasa ada baiknya rumah ini di alunkan ayat2 suci al-Quran. Di baca pula oleh anak2 kecil. AY semakin tertekan melihat Abang Daniel semakin laju mengenal bait2 suci tersebut.

Hingga kini, AY masih lagi dalam proses menghafal Alif hingga Ya. Jika gua tunjuk akan huruf2 tertentu, pasti ntah apa2 jawapannya. Gua tahu sabar adalah kata kunci dalam pendidikan. Gua pelan2 ke arah itu. Sebagai manusia biasa, kadang2 kita tidak sabar untuk menunggu keputusan. Benih yang ditanam hari ini hendak di tuai esoknya.

Mana bisa ....bai !!

Walaubagaimanapun, kelas mengaji di rumah kami menambahkan rencah dan warna. Harap 'benih2' ini pabila di tuai manis rasanya. Bukan menjadi beban kepada negara.

Amin !!!

Tiada ulasan: