Liverpool dan ibadat haji.
Udara pada malam itu di Mekah macam biasa. Tidak sesejuk Madinah. Gua segerombolan melepak di luar hotel. Bersembang tentang kehidupan setelah kepenatan menjamu santapan malam. Room-mate gua yang lain sudah lama 'belayar'.
Dengan umur rata2 60 tahun ke atas , mereka sepatutnya tidur seawal mungkin kerana esok Subuh perlu seperti biasa rush hour utk berjemaah di Masjidil Haram yang mulia.
Dalam kegelapan malam, mata gua tertangkap satu objek yang gua rasa tidak sepatutnya berada di tanah suci ini. Tapi sepamakai mungkin merasa jasadnya masih di Malaysia atau di UK. Lengkap berkupiah dan rokok di celah jari.
"Bang, tu tulis Carlsberg ke tulis Liverpool".Gua usik bahu member sebelah. Gua harap sangat tulisan tersebut adalah Liverpool bukan mendeharamjadah tu.
Sangkaan gua meleset. Gua tegur dalam hati. Tak berani nak tegur. Susuk badan beliau cukup besar utk menumbangkan gua yang kurus kering ni. Gua kalah sendiri. Hanya mata saje mengekori beliau sehingga hilang dari pandangan.
Erkkkk.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan