11 September 2007


Surat Pekeliling :
Entry Assunta Yang Horror terpaksa dihentikan siaran atas sebab2 tertentu. Namun jika ada pihak yang ingin disambungkan, gua tidak teragak2 utk menghaplodkan episod kedua yang tidak kurang hebatnya.

Court Badminton Berdarah di Menara TM Ahad nan syahdu (18SG)

Sabtu mlm gua menyimpan sebanyak mungkin tenaga utk kerahan maksimum pada keesokkan hari. Sebagai pemain bulu tangkis bertarafd amatur, gua saban hari meningkatkan daya stamina agar prestasi gua pada tiap perlawanan bisa menggoyangkan pihak lawan.

Justeru, seawal jam 12 mlm (baca : selepas cerekarama), gua sematkan hati utk bangun seawal mungkin bagi menghirup udara segar di pagi Ahad yang damai lagi gemilang.

Tepat jam 5:30 pagi , gua tidak berlengah lagi untuk melakukan sedikit senaman sebelum azan berkumandang. Ini bagi menguatkan otot2 kaki dan kuda2 agar bisa sahaja gua melakukan jumping smash
dan mengambil bola yang di sudut sukar.

Tepat jam 7 pagi , gua terus sedikit2 melakukan acara memanaskan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang unpredictable. Sebelum itu , gua telah pun melakukan recall kepada teknik2 permainan otai2 badminton. Nama2 seperti Rashid Sibir Sidek, Rahman Sidek, Yang Yang dan sebagainya kerap kali ku hafal untuk menambahkan lagi knowledge ku sebagai pemain badminton amatur.

Langkah ku susun rapi menghala ke court di dalam menara TM. Gigi ku ketap kemas menandakan gua tidak mahu lagi bermain2 semasa bermain. Gua mau serius. Prestasi harus ditingkatkan.

Daun pintu wa selak. Jelas kelihatan ramai pemain di dalam tetapi ...

apa kejaddah ??? wth ???

hati gua baran. janji nak main badminton ttp ini hari kenapa semua orang menyepak bola futsal ??? persoalan asas sebegini membuatkan gua makin hilang akal. Gua tidak berfikir panjang....

Satu per satu , manusia di dalam gua hayun dengan penumbuk sulung. Satu persatu tubuh jatuh ke bumi. Bola futsal gua gigit lantas gua telan dengan lahapnya. Wa tidak berlengah lagi, lantas berlari ke arah tiang gol lalu gua mengumpul tenaga dalaman dan terus mengkarate hingga putus 2. Praappp !!

Wanita dan anak2 lari bertempiaran melihat tindakan ganas gua melakukan amukan ekstrim.

Setelah berpuas hati, gua capai raket lalu pergi minum nescafe panas di restoran Amjal bagi menenangkan emosi.


Fakta Menarik:
Err....aksi ganas di reka demi menambahkan kick kepada jalan cerita.

1 ulasan:

Fariz berkata...

Beb, aku pun datang hari tu. Siap tolong orang angkat palang gol sekali.