06 September 2007

Assunta Yg Horror !

Jam menunjukkan kul 5 pagi, Asma' batuk tidak berhenti menandakan tidur pada malam itu tidak sempurna seperti biasa. Kami tidak berlengah lagi.
Tepukan di bahagian belakang tidak memberikan sebarang kesan. Batuk makin mengganas. Tidak sempat langsung Asma' utk menangis. Ini mengundang kekagetan agung kepada kami.

Klinik disinggah. Consultation fees pada waktu dinihari agak tinggi berbanding dengan siang hari. Pedulikan. Doktor menilik, kami masih kekagetan. AY di sisi masih mamai kerana dikejut waktu yg bukan sepatutnya. Huyung hayang sahaja gerak langkahnya pada pagi itu.

"Ini sudah serius"
Kami terpaku.

"Kena di bawa ke hospital, sudah agak teruk, nanti saya tulis surat", ujar sang doktor yang menambahkan lagi keresahan kami.

Asma' terus batuk. Hanya sesekali berhenti dan seketika nanti , kedengaran lagi batuknya. Kelihatan buih keluar dari mulut.

Mata sudah berair kerana tidak tertahan dengan kadar batuk yang tidak sepadan dengan usianya.
Bergegas pula ke KJMC. Hanya disitu hospital yang agak familiar bagi kami di kawasan Petaling Jaya ini.

Doktor menilik. Keputusannya sama. Ternyata telahan doktor klinik itu benar. Asma' disaran agar di wadkan beberapa hari utk rawatan lanjut. Segera menelefon insuran memeriksa adakah kami KJMC di cover kos rawatan.

Sekali lagi, kami mendapat jawapan yang tidak senang. No more KJMC for inpatient case, outpatient only.

"So, Where else then ?",
wa soal.

"Assunta !!" ,
ujar operator.

Kereta di gerakkan selaju mungkin. Jam menunjukkkan 8 pagi. Ini bermakna kami terpaksa bertarung dengan ribuan manusia yang ingin mengejar mesin masa di pejabat. Sesekali gua merengus tanda geram dengan perangai driver Malaysia. Assunta terasa bagitu jauh.

Yeah!!, lokasi di temui.

Register dan tunggu tempahan bilik .


Sedutan episod akan datang ...
Apakah akan terjadi pada Asma' ?
Buku apakah yang telah di baca oleh gua sepanjang 3 hari bercuti ?
Apakah yg telah terjadi pada kereta comel kancil gua ?
Jawapan2 menggusarkan oleh nurse di Assunta.
Godaan Starbuck di Assunta.

Tiada ulasan: