21 Ogos 2007


Sudut Mekanikal : sepetang bersama gunx fujiwara

Bagi pengguna kereta, selain memerlukan pemanduan yang cekap dan berhemah, duit poket perlu di awasi setiap masa kerana jika kedapatan kerosakan kepada kereta tunggangan anda, dahi anda tidak berkerut terlalu lama . Perlu di ingat, kereta kita bukan hamba yang sesuka hati di perah keringat tanpa perlu di ambil tahu indeks kesihatanya.

Salah satu komponen penting bagi sesebuah henjin adalah timing belt. Apa kejaddahnyer timing belt ? Gerangan tali pinggang pe pulak ini ? Kenapa begitu signifikan dalam menentukan faktor kesihatan sesebuah henjin ? Why ? Why ?


Enjin bergerak begitu harmoni. Ibarat muzik orkestra. Jika salah satu tempang, akan hancur keseluruhan persembahan. Dalam konteks kereta, alamat beribu2 lah rabak dek kerana kita abaikan penyelenggaraan timing belt. Jika anda perhatian meter mileage anda telah mencapai 60,000km ++ , ini bermakna anda perlu membelek akaun bank anda, dan bersedia utk laburkan barang 2-3 ratus demi untuk menyelamatkan ribuan duit anda pada masa akan datang.




Selain itu, alang2 henjin telah dibuka, apa salahnya anda menggantikan sekali water pump kerana bende alah ini harganya agak murah ttp upah pasang sendiri mahu hingat. Jadi, Gua sajes anda laburkan sedikit ongkos anda untuk menggantikan sekali water pump. Lupakan sebentar utk membeli seluar dockers atau baju cap payung. Selepas itu, tauke kedai akan menyuruh anda memilih jenis coolent. Ia adalah sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam radiator. Itu untuk proses penyejukan. Pilihlah mengikut nafsu masing2.

Secara puratanya, anda akan kehabisan 3 hingga 4 ratus. Jangan bimbang, ia berlaku hanya dalam 60,000 km sahaja. Justeru , ia bergantung kepada jarak pemanduan.

Tetapi yang penting di sini , adalah pandulah secara cermat. Hormati orang lain. Nak langgar lampu isyarat pun, tengok aa , agak2 line clear, redah je aaa...tetapi better late than never !!

Selamat memandu-Gunx Fujiwara

2 ulasan:

salman ® berkata...

dua dua keta wa dh nak cecah 60K mileage..wahahahaha. beltestes betul lah...

bayam berkata...

tunggu je 80,000 - 100,000.. miahahaha