12 Februari 2007


Sejuk Hati


adakala aku hangin, ada kala aku marah,
adakala aku marah, adakala aku hangin,

AY, unik sifatnya. unpredictable. ada sahaja gerak lakunya yang menguji teori2 yg kita pelajari sama ada di kelas atau di buku. Orang yg gagah adalah orang yang mampu melawan sifat marahnya. Teori.

Praktikal, sendiri mahu ingat. Tak guna kita memarahi budak sekecil itu. Itu memang dunia mereka. Dunia mencuba dan mencuba. Kemarahan kita mematikan deria kreatif mereka.

Satu petang, aku sangat letih, ingin beradu sebentar, bantal tiada. aku rebahkan sahaja jasad.Selang beberapa ketika, aku di kejutkan. Argh....sapa lak ni mengacau aku tgh sedap landing nih ??

Eh ! Bantal di hulur, AY menguntum senyum. Aku kaget. Hati panas menjadi beku sesejuk salju. Telinga terasa fana. Dunia seolah2 berhenti berputar. Terketar2 aku menyebut "Terima Kasih". AY senyum berlalu mendapatkan kembali kertas contengannya.

Tiada ulasan: