13 Februari 2007


"Jaga Mak ye !"

Itu lah kata2 terakhir yang dapat aku simpan sampai sekarang. Wan Imas yg sempat aku abadikan kenangan bersamanya dulu.

Rumah ku dulu akan ceria dengan kedatangannya. Lawak jenaka serta tutur kata yang menghiburkan amat2 kami sekeluarga dambakan. Suasana murum bertukar menjadi cerah dan mewangi.

Syawal lepas, sempat bertemu empat mata. Mulutnya terkumat kamit membaca surah al-Ikhlas. Itu sahaja surah yg dia masih ingat. Ingatannya tenggelam timbul. Jika mahu berbual, pastikan mulut letak dekat di telinganya. Tapi jawapan yang diberi tidak sama dengan soalan yang ditanya. Saya faham akan keadaannya. Tapi sebelum saya mengundur diri, sempat dia memesan. Pesanan yang saya rasakan tidak ternilai harganya. "Jaga Mak ye". Saya kaget. Dalam keadaannya yang amat payah itu, masih lagi dapat mengetuk jiwaku yang keras ini. Cair.

Kini , Wan Imas sudah tiada lagi. Meninggalkan kami di alam fana ini. Hanya al-Fatihah dapat kami hulurkan.

al-fatihah.

1 ulasan:

cahaya petunjuk berkata...

Al-Fatihah..