05 Februari 2007

Cina

bila sebut Cina, terbayang Fong Sa Yok, Jackie Chan, Bruce Lee, Wong Fei Hong dan Steven Chau. masing mempunyai kekuatan sendiri utk menarik penonton ke pawagam.

aku ada kawan Cina. ada yang muslim , ada yang non muslim. yg muslim aku tak risau sangat. depa sudah melangkah ke alam cahaya. compare dengan aku yg so called senior dalam Islam, malu tak terkira.

A (bukan nama sebenar), sudah hafal bbrp surah Al-quran. kalau pejam mata, rasa macam kat depan kita adalah orang Arab. bacaan fasih, tajam dan mantap. malu aku. memang patut berperasaan sebegitu.

B(bukan nama sebenar). rajin menolong orang dan ikhlas dalam apa yg di lakukan. compare dengan penulis. hhmmm....sendiri mahu ingat. malu lagi sekali.

itu lah cina2 muslim yg ku kenali. sukar mencapai keputusan memeluk Islam. 1001 satu perasaan. paling yg difikirkan adalah kata tohmah ibu bapa. bagaimana rasanya , anak yang dibelai , meninggalkan agama nenek moyang. berat.

aku ada tugas berat. jiranku cina. baik dan murah hati. dari Melaka datangnya. alangkah baiknya sifat baiknya itu dapat di pakejkan dengan Islam. erhmm....tulis memang mudah. tapi .....

aku tidak ada kekuatan. paling boleh adalah senyum dan bertanya khabar.

Teoh !! hali laya cina , wa pi lumah lu ala ok ka ??? mau makan itu limau cina

Tiada ulasan: