07 Februari 2007

Filem, Musik dan Mufti

Pandangan mufti Perlis berhubung Filem dan Muzik Islam (FMI) aku agree 110%. sudah lama terbuku , sudah pun aku luahkan, namun masih buntu. tidak ke mana. masih dalam lingkungan cinta koprat, mistik hantu terbang dahagakan darah dara, cinta tangkap leleh lidah jejak lantai, lawak tepuk kepala, lawak terlanggar dinding dan pelbagai lagi method2 lapok zaman 80-an yg di recyle dan rebranded.


bosan teramat tapi itulah realiti. filem Islam nampak kaku dah tidak realistik. cina tengok rasa gerun. india tengok nampak pelik. rigid dan keras. mana unsur kasih sayang dan pemaaf dalam Islam ? mana akhlak terpuji ? aku rasa inilah juzuk2 yang selalu di anaktirikan. Islam hanya tampak beserban dan berzikir. tidak nampak ia hidup dalam masyarakat. not applicable in life at all. kontradik seperti yang Rasulullah praktiskan.

dalam hal ini, wajar kita toleh ke negara lain. Indon. Siri2 drama import Indon seperti Mutiara Hati (Tv9, 6 ptg), mampu di rasakan memberi impaks kepada penonton. walaupun bertaraf drama sahaja ttp lakonan dan skrip yg di garap , aku rasa bisa sahaja mengetuk jiwa2 keras. watak berjilbab berhadapan dengan manusia pelbagai watak. Tamak, Atheis, Dengki, Mabuk . semuanya di jawab dengan Islam dalam nada solusi yang pelbagai mengikut watak opponentnya. cantik sekali. bangat kalau bisa di tambah.

Nah ! mari kita bikin filem, Short Film at least. Free Your Minds.... e cehh .. sembang lebat ... hehhe

Tiada ulasan: