11 Januari 2007

Kopitiam Craze

petang tu sepatutnya 6 stengah , motorku patut berada di KD. ntah kenapa terpacak di KJ pulak. tempat baru melabuhkan punggung. order menu baru. perut pasti terkejut dengan santapan baru ini. aku suka. harga pun mesra. sebut pun canggung. kopi kemaman. ntah macam mana rupanya nanti.

aku tunggu dengan sabar. mata ligat memandang sekitar. keluarkan kamera. rakam sedas dua. tanda aku ke mari. nanti sen dan bayam tak percaya. see my leg first aa...

kopi sudah di depan. aku tergamam. nampak erotik. tidak kopi buatan mamak. penuh dengan buih2. nampak hebat tapi bila di jamah, erhmmm...biasa2 ajek.

tapi kali ini. tekak ku gembira sekali. perut senang menerima. terasa sayang hendak habiskan. tapi adat minum perlu habiskan. membazir itu kawan syaitan. aku tak mahu menjadi seperti itu.

jam sudah menjelang petang. aku harus pergi. meninggalkan cawan kosong. kopi sudah di perut. wang bertukar tangan tanda akad aku menjamah kopi.

ada umur aku ke sana lagi. nikmat ciptaan tuhan. alhamdulillah, ada rezeki hari ini. kopi.

Tiada ulasan: