08 November 2006

Aku suka AY

Sebagai ayah, hati mana tak suka melihat anak tersenyum girang melihat jasadnya ke sana sini. sihat dan gembira. ada sesetengah parent bersedih kerana tiada anak. perkahwinan sudah masuk 5 , 6 tahun, tapi Allah uji dengan tiada anak.

Nah! AY ada di depan mata. galak matannya jika di ajak bergambar. cukup suka aku, kalau dia pakai baju melayu johor. wan dia kat maran yg jahitkan. dia memang cempion bab2 jahit2 ni. ketayap tu ada tulis "Ahmad Yassin". special hand-made upon request. sedondon pula dengan baju dan seluarnya. sejuk hati.

Nama dia Sarah. bukan awek AY. tapi rakan dia kat taska. Sarah punya sejarah sendiri. tidak berbapa. bercerai hidup. Sarah hidup di kota Amerika sekian lama dan kini dia bahagia di samping ibunya di Malaysia. Aku tahu Sarah kepingin dengan kasih bapa. AY punya bapa dan ibu ttp tidak pada Sarah. umur semuda itu perlu berhadapan dengan situasi getir. Namun aku tahu, masa depannya cerah. Sarah budak yg baik. aku harap AY pun akan baik seperti Sarah.
Ameen.

3 ulasan:

norulhidayah berkata...

menarik tol kopiah ni.. err.. bukak utk tempahan tak? nak jugak tgk naim pakai kopiah ada namanya :-)

gunx berkata...

Berkenan ke ?
nak oder ok je ?
nak font apa ? hehehhehe

norulhidayah berkata...

if possible trebuchet
else verdana
end if

betol ke coding ni? eheheh..