07 November 2006

Warded

lepas subuh , dapat sms ngeri lagi menakutkan. my pregnant little sister dikejarkan ke spital. program2 hari tu terpaksa di kenselkan sesedap rasa demi rempitan kami anak beranak ke spital Temerloh. jemputan emran ke pangsapurinya terpaksa aku abaikan. minta maaf. mak aku sugul di dalam bilik. mengemaskan pakaian. aku akur akan bahasa badannya. sebagai anak yang duduk lama di bawah ketiaknya, ku bisikkan di telinga minik. "jom lekas kemas barang, kita ke temerloh hari ini . urgent !"

sepantas kilat, baramg di kemas ala2 kadar. ku periksa wang minyak dan tol. erhmm...lepas kot ! aku hanya mengagak. huhuh....mende2 urgent ni duit letak tepi kan ?

gerak dengan berhati2. aku pandu perlahan dan berhati2. sekali sekala , aku wat gak sikit skill Takumi Fujiwara kunun. jelingan minik membuatkan aku normal kembali. 3 nyawa perlu ku jaga rapi. lori2 mabuk masuk lane orang perlukan pemerhatian 100% . mak aku bersandar santai di belakang. muzik retro mungkin membuaikan mimpi indahnya agaknya.

menjelang tengahari kancil tercegat di depan spital temerloh yg bagi aku besar giler. macam rasa kat Putrajaya jek. sekitar spital seperti biasa gerai dan rumah kedai ligat membangun. jana ekonomi nampaknya. kadar harga rumah dengarnya sudah naik. melebar senyum tuan2 rumah dengan limpahan rezeki. alhamdulillah, rezeki korang. tak perlu bersesak2 seperti kami di KL. duit menggolek datang tanpa perlu mematahkan pingggang ke tempat kerja. semuanya selesa dan tidak bersardin2. best kan ?

kami ke cafe dulu mengisi perut yang keroncong dari KL lagi. layan makan. sedap jugak. lepas kenyang, kami ke atas , melihat adik tercinta. senyum dia kami datang. tidak perlu bawa ubat cuma kehadiran. adat orang sakit. lega jika ada orang ziarah. sabar lah adik. moga kandungan selamat. AY tak sabar nak buli sepupu.


7 ulasan:

izawani berkata...

eh.. hospital temerloh dah besar ker ? Hospital kat tepi jalan besar tu kan ? Hak yang kena ugut nak dibom tu kan ?

Camna adik dan kandungan ? sihat ?

gunx berkata...

dah discaj hari ni ... dah ok , cuma doktor pesan tak kasi banyak gerak, padahal kandungan baru 3 bulan. bini aku dulu , leh terbang ke sana sini, ..

ke lain padang , lain belalang ?
raihan tul !!

salman ® berkata...

ada org leh jogging..ada org leh lompat²..ada org leh makan nenas & coke..ada org Dr siap bg cuti rehat..ada org naik turun tangga pun boleh keguguran. masing² gunx.

izawani berkata...

betul tu... memasing la... itu pun utk orang yang sama, kali ni mengandung ok, next time ada prob pun ada... so, isteri gunx tu lom tentu next time buleh terbang sana sini...
Ini daripada pengalaman akak la... first pg, ok, melompat sakan, next tu prob dari mula sampai la abis...

gunx berkata...

halamak, cuak lak aku ...er...ke ada sbb lain bleeding tu ? kedudukan baby ?

tokwan berkata...

wife aku dulu ms pg anak sulung, jgn kan kata x leh mkn, minum pun xleh...muntah balik.. sampai pitam n pengsan, bawa p spital jitra, tambah ayaq, pastu ok blk. thne blk umah, seminggu lps tu jadi lagi.. masuk lg spital. dah lps 3 bulan, baru kembali ok. cuak gila aku tgk bini pitam, lps solat subuh lak tu. tp yg 2nd baby, ok ja.. xda langsung alahan... mkn pun amat berselera..

nasib masing2 la...

gunx berkata...

tok wan : seems adik aku macam wife hang ... skang ni pun still muntah2, asal makan aje, muntah balik , then badan lak jadi lemah .. cam ne tuh ?