04 Oktober 2006

Saat Indah Ramadhan

Petang hari biasanya , aku melangut kat berandar rumah dikampung tunggu waktu berbuka, aktiviti seperti mandi di empangan maut, masuk hutan cari biji getah, main bedil amatlah tidak relevan dengan kandungan protein dan kaborhidrat yang amat minimum ketika ramadhan ini.

so , kesimpulannnya , aku hanya melangut dan berangan. arwah bapak aku kekadang layan borak ngan aku. waktu dia sihat, ramai aa kengkawan dia ajak dia kuwo pasar ramadhan dan aku yg gersang tak tahu nak wat apa seperti biasa buat muka wellfare utk turut serta. selalunya aku dapat pi kerna kehadiran aku ibarat tidak memberi impaks kepada topik perbualan mereka. aku tidak tahu pasal politik dalaman dan luaran. aku tidak tahu pasal dengki mendengki lagi. pada aku semua orang baik dan innocent.

pergi ke bandar dengan tiada wang di saku begitu memeritkan. air tebu dan murtabak melambai2 . aku hanya mampu tunduk dan melayan kaki melangkah lesu.

ttp saat dapat menumpang ke bandar adalah sesuatu yang menarik , at least dapat melihat persekitaran berbanding duduk melangut di bawah pohon manggis yang banyak kerengga itu.

Tiada ulasan: