05 Oktober 2006

Pengkamiran ? What the heck ?

dulu, masa aku sekolah menengah dalam subjek tak de sangat jumpa mende2 ngarut, basic maths yg hanya perlu kita pindah tempat , cari nilai sudut, cari nilai x, ukur baper cm, ukur isi padu, yg mana bagi aku ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, even perompak bank perlu tahu asas matematik utk melakukan sesuatu rompakan. jika perompak buta matematik agak sukar utk menjalankan operasi walaupun hati kering tak hingat.

tapi bila masuk matrix, terpaksa hamek Add Maths yg bagi aku merupakan mala petaka paling dahsyat. berbekalkan sijil SMA dengan pangkat 3 , aku menongkah arus mempelajari Add Maths . saban hari aku menitiskan air mata kerna tidak dapat menangkap apa yang cikgu bebelkan di depan kelas. tapi setelah berusaha dengan gigih (geli aku dengo !!), akhirnya aku bisa memetik jari menjawab soalan2 saiko except Pengkamiran ??? aku menci dan menci ...

kendatipun , tahap menci yg maksima, aku tetap sekali lagi menongkah arus deras menuntut ilmu demi masa depan (e ceh ...!!), lalu aku bisa juga menjawab walaupun tidak lancar.. menci !

jadi, sebagai manusia biasa, aku kerap kali berfikir dan menaakul adakah setiap subjek dalam maths itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita ? cuba korang tengok, baper per cent subjek Maths korang apply dalam 24 jam korang seharian especially subjek pengkamiran !! aku rasa tak sampai 0.001 percent akan guna.

jadi dengan hipotesis ringkas ini , adakah patut subjek pemgkamiran dimansuhkan ? hehhe....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang lemah math mmg pk camtu hihi, dia tak guna secara direct, tp indirect. cth, cara berfikir, cara selesaikan masalah semasa, dengan kata lain neuron saraf otak banyak bekerja untuk setel kan problem

Tanpa Nama berkata...

kalau nak ikutkan apa yang kita tak berapa pakai dalam hidup sehari2, banyak lagi benda dalam sukatan pelajaran kita boleh dimansuhkan. pengkamiran tu penting untuk engineer2 tu, pas sekolah menengah nak pi belajar pengkamiran advance kat uni. Dah belajar, buat aplikasi, cipta komputer, handphone, tv, washing machine, etc yg ko pakai hari2 tu.