07 Ogos 2006


Nangis dan Hindustan.

kalau sebut nangis, perkara pertama muncul dalam otak aku adalah filem Hindustan. bila sebut hindustan perkara kedua muncul adalah fantasi. bila sebuat fantasi , ia adalah rekaan semata2 dan tidak boleh sama sekali di adaptasikan dalam kehidupan yang penuh dengan kenaikan tahap cipan.

hero dan heroin menangis, tapi tetap bahagia di akhirnya. berpegangan tangan sambil menyanyi dengan 18 pasang pakaian yang ditukar setiap 1 seminit. mana kala orang2 kampung dikerah utk sama2 menari utk meraikan pasangan ideal ini. Jangan di halang cinta mereka, buruk padahnya.

Besarnya impak filem Hindustan dalam kehidupan seharian kita . Setuju tak ? Tak setuju pun tak pe.. aku dah cuba kurangkan tengok filem Hindustan , cuba beralih arah menonton kartun Jepun pulak yg aku rasa lebih tak masuk akal daripada filem Hindustan. dah nama pun kartun .. alahai .... kuch kuch hota hey ... !!

Tiada ulasan: