14 Ogos 2006


Beli Tak Baca

Sindrom melanda aku skang adalah membeli tapi tak baca. dah beratus diboroskan utk memenuhkan rak buku di rumah. aku suka persekitaran yang macam perpustakaan. ia dapat mengembalikan kenangan di Sintok.

Kenangan di mana aku dihadiahkan saman sebanyak 2 semester kos mencekik di sana. saman sebanyak 3 ratus hasil daripada tindakan bodoh aku terpatahkan cd yang kebetulan dilampirkan sekali di dalam buku tersebut. buku IT mostly di lampirkan cd di dalam. natijahnya aku terkedu beberapa hari mencari jalan melangsaikan hutang tersebut.

hasil daripada kejadian tersebut, kununnya aku suka pada persekitaran perpustakaan yg kununnya ala2 kondusif gitu utk membangkitkan berahi aku supaya membaca.. al kununnya !! nah ! sekarang prestasi membaca aku agak merudum, ntah mengapa ?? otak hampir menapous kerna tidak menatap buku2 ini....

AY hanya tersenyum simpul mengoyakkan buku2 yang kekadang menguji kotak suara aku agar meningkatkan indeks decibel meleteri AY yang masih hingusan itu ... sorry ye AY !!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meleteri AY? mcm topik pagi ERA hari ni "apabila lelaki berleter".. agak kalau AY dah besor sure dia call ERA citer pasal pak dia suka berleter... muahahhaaaa...

mundarmandir berkata...

nampak gaya kena beli buku how to read a book..haha