25 Julai 2006

Berangan Version

Vacation : yes !! kalau aku duit lebey sikit, aku nak pi vacation sat ...
pi pulau mana2 .. ajak minik ngan AY , layan ombak, layan angin, layan ketam , Nemo of course ... !!

dah lama aku plan, tak jadi, tempat dah riki, tapi bila sampai nak implementation , constraint kat financial...sememangnya itu lah yg menjadi kekangan kami sejak sekian lama ..

antara kekangan lain adalah kegilaan aku terhadap gajet2 ..terbaru adalah pembelian iPOD yang menelan kos yang membolehkan kami sekeluarga becuti di Port Dickson tetapi oleh kerana pertimbangan akal yang dipengaruhi nafsu, erhmm.....memang patut aku tak jadi menteri , kalau tidak habis duit rakyat aku sapu utk kepentingan peribadi.

oleh yang demkian, bersaksikan blog ini, ahmad rizal bernekad utk membenteras segala ketidakadilan dalam kerajaan (baca: pengurusan keluarga) terutama ketua kerajaan (baca : suami) agar kerajaan baru ini dapat menjamin kesejahteraan semua. sayangi keluarga. sayangi Islam. bersama menentang IFC !!

Tiada ulasan: