04 Januari 2006

Hapdet Antaramuka


Tak de la major changes, cuma aku ubah logo baru blog aku ni ... dengan tema baru iaitu Unplugged, the other side of Gunx, bukan maksud aku nak katakan aku ni cam Jekel and Hyde, heheh...tapi aku jadikan medium blog ni sebagai tempat luahan tulus ikhlas aku tanpa bias kepada mana2 pihak, aku mewakili diri aku sendiri , sekelumit pengalaman aku hidup kat bumi ingin ku kongsikan bersama anda semua.

well, dah 2 tahun blog ni online, antara yg aku dapat adalah penulisan dapat aku hapgrade sikit2, aku suka menulis, apa2 yg berlaku kat depan mata, kritik dan analisa, apa2 sahaja waima kucing sedang berak sekali pun...aku akan analisa ....

logo baru tu aku siapkan mlm tadi tepat jam 2 pagi ... balik dari kerja aku tertidur lepas maghrib dek kerna kununnya penat, dapat sejam , sedar jam 9 , mata segar bugar, alamak , tak dapat tidur lak ... terus buka laptop, layan wat logo ... tak de pe sangat aku guna threshold je , ejas2 lebih krang , dah jadik ...!!

2 ulasan:

nikiysa berkata...

ok ar tu..thn baru logo baru semua baru..macam budak² nak p skolah gak..tuko baju baru, kasut baru, buku baru.. harap minda pun baru.. insyallah..keep up the good work!

Tanpa Nama berkata...

layout blgspot bila nak explore. baru cun. :)