01 September 2005

To Do

1-bayar hutang emran.
dia jual kat aku kredit celcom rm10, aku tak bayar lagi tapi kredit tu dah habis aku gunakan pasal semlm bnyk buat call nak tanya direction rumah kawan aku, Dia nak pindah, so angkat2 barang sikit...


2-serangan tikus tak hingat.

mlm tadi aku berjaya memberkas kegiatan pecah rumah oleh sindiket persatuan tikus2 malaysia. wife aku sampai skang trauma kerana kaki dia di panjat tikus. aku rasa dekat satu block dengar suara dia menjerit. sampai AY nangis sakan, mungkin dia ingat ibu dia marahkan dia. hehhhe.... solution : aku beli gam tikus , sapukan atas kad bod dan letakkan kat hot spot dia. hasilnya, 2 ahli persatuan haram tersebut berjaya di berkas, dan aku dengan rasa egonya akan terus membentras kegiatan pecah rumah ini.

3-mesin basuh.

aku letak mesin basuh kaput aku tu kat luar. aku rasa sudah sampai masa aku beli yang baru. dan kali ini aku ingin menggunakan selama mana yg boleh. dah naik kejang otot basuh baju dengan tangan. itu kalau ada rejeki. apa jenama yg elok ek ?? semi ke nak fully auto ?

4-balik lipis.
errhmm....lama dah rasanya tak balik lipis. baper kali dah pak mertua aku call sambil sound indirectly yg jika di terjemahkan dalam bahasa pasar "Oitt!! tak reti2 balik kg ke ??"

4-Pulang buku bayam
sorry bayam, akan aku percepatkan pemulangan ini. aku pinjam since dia bujang

5-Repair Paip
paip rumah aku bocor, dah berair dah dapur aku. elbow dia bocor. yg ni aku rasa top priority. nnt berbau dapur, tidak menyenangkan waima kepada tetamu yang hadir.

CIAoooo !!

2 ulasan:

salman ® berkata...

hati² dgn tikus. org kata tikus ni pendendam. sapula seluruh dinding dgn gam. dgn AY skali melekat nnt. ehehehe

Tanpa Nama berkata...

ye. tikus pendendam. arituh kemas opis nak buang tikus. berjaya memberkas 4 ekor dan 12 ekor anak2nya. besoknya, habis perabot yg kayu dimamah tikus.

mesin basuk fully auto yg bagus, jimat byk masa cuma harga dia 2x ganda dari semi auto

yg penting ikut kemampuan.

:)