03 Ogos 2005

Mamak Matters

aku pun naik hairan dengan kedai runcit mamak
kat area rumah aku ni ...

dah aa pattern business 100% sama sejibik tapi lek jek dok sebelah menyebelah, kalau Melayu aku tak tahu aaa ..mungkin indeks santau-menyantau akan semakin tinggi dan merbahaya pada bot2 kecil.

daripada pemerhatian aku , antara kelebihan mamak berbanding bangsa lain adalah :

gagah perkasa bagai proton Savvy
faktor ni mungkin penyebab utama kastemer suka kat kedai mamak. kalau order tong gas kat tingkat 65 pun , depa sanggup pikul. Contoh aku, aku dok tingkat 5, mamat Savvy ni begitu perkasa mengangkat tong gas ini sambil tersenyum girang. tapi bau badan depa mungkin kurang user-friendly, mampu menumbangkan nafsu makan aku !!

Frenly nak mampus
kalau masuk kedai depa ni, one thing yg bagi aku tak best tapi mungkin bagi orang lain best, adalah keramahan terlampau plus plus !! aku order kelapa parut
sebiji , dia kata nak 5 biji ekk ?? sambil senyum kejambuan.. nak juga aku seligi buah halkum dia nih.. hel elehhh !!

Majalah Banyak Giler
bagi penggemar majalah bulanan, sudah pastinya kedai mamak ni hot-spot utama aku. awal bulan pasti aku ke sana menanyakan majalah aku. Tapi one thing yg aku notice, majalah berunsur mastikasm, mayatkeluarkuburism, maggaism, aksism, politiksm pun
bersepah. ye laa taste orang melayu...suka bende2 yang ajaib !! glokal la katakan ....

Minah Indon
ni taktik latest aku perasaan. Oleh kerana pekerja mamak ni antara kelemahan ketara adalah bahasa Melayu, maka minah2 indon di import bagi mengatasi kelemahan tersebut.
bagi aku ni banyak kelebihan. senang bagi aku nak order brg. aku prefer cakap ngan minah indon ni compare ngan puak Savvy ni...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baca kisah mamak ni aku teringat satu citer dlm majalah gila2 tahun 90-an citer apa ntah tapi watak dia budak2... antara dialognya:
"Adei kicik sama chenta hati apa mau makan?" - scene ni diambil waktu sorang budak lelaki umur dlm 7 tahun dtg kedai mamak tu dgn aweks dia yg lebih kureng sebaya... konon berchenta la tu... baligh pun tak lg sbb digambarkan budak tu terlalu budak dok kat kusi kat kedai mamak pun kaki tak jejak tanah!!

seperkara lg tentang kedai mamak servis mmg bagus! tip top walaupun rasa tak sesedap mana tp penangan kas-kas buat ko mimpikan mamak tetiap hari... belum duduk lg dah tanya nak makan apa minum apa... dah tu cepat jek siap apa yg dipesan... kedai melayu? mmm... lain mintak lain dpt...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn si anonymous tu, tang servis memang bagus. Ko tak payah nak panggey2, kompem depa yg akan tunjukkan meja dan begitu sabarrr mengambik order kita yg kadang tu byk songeh. Very unlike kedai melayu. Jenuh nak cari waiternya dok tang mana...

salman ® berkata...

ada gak yg hampeh.
time suruh lap meja lembab giler sambil buat ta tau. bila dah duduk, laju jer dia nak amik oda..chehh