19 Mei 2005

Tiang Bermagnet
oleh Gunx


Lately, penulis cuba mendekati kuliah2 dari pelbagai genre. Tak syok juga hanya dari Ustaz A sahaja. Cuba cari kepelbagaian. Kerana kepelbagaian mewarnai hidup kita.

Maka, merempitlah penulis, ke sana ke mari , mencari sang ustaz. Ada ustaz garang, ada ustaz yang lembut bila bercakap (bukan auww tahu !!..hehhe) , ada ustaz smart-thinking,ada ustaz retorik , ada ustaz kesufian, ada ustaz ABCDEFGHIJ....., pendek kata memacam...

Tapi satu perkare penulis notice walaupun ustaz ada pelbagai versi, jemaah yg dengar hanya satu VERSI sahaja ! DUDUK PANGKAL TIANG ! semacam mulut sang ustaz didepanakan mengeluarkan api dan menghanguskan baju melayu kilat depa...

Hairan cukup hairan !! mengapa taman syurga menjadi seperti gula yang dihuruung semut diabetes ??? mengapa ? terlalu panas sangatkah ke depan ? terlalu warak sangatkah duduk di depan ? Penulis tak sure adakah jemaah 'mabuk' semasa konsert 'mereng' Inul Gerudi membuat perkara yang sama ?? penulis pasti jika diberi kesempatan, ingin sahaja penonton merapatkan 'saf' tanpa disuruh.

Tetapi seperti biasa, tiang bermagnet di masjid diberahikan berbanding mulut ustaz yang menghamburkan byte2 ilmu dari kitab2 tulisan ulama mu;tabar. Kenapa ?

Adakah salah ustz memberikan kuliah yang membosankan ? Atau penonton takut akan di tanya doa makan tetapi terjawab pulak doa bersama isteri ? takut kantoiiiii !!!

Di mana titik penyelesaian semua ini ?
Sama2 kita fikirkan ?

i rest my case.

1 ulasan:

salman ® berkata...

kalau kat skolah dulu, sapa yg bersandar time tazkirah kena sahut nama dia.