04 Januari 2005

Justifikasi berkereta ?


kalau geng2 sosialis atau pencinta alam semcam tak mahu berkereta.Berkereta bermakna mengundang padah. Memacam bala akan timbul selepas berkereta.

Paling sakit hati minyak dan tol.
Bende ni macam umur kita, makin naik. Cuma minyak tak de la nak matang ke apa ke ?
Tetap statik macam tuh...

Berkereta boleh membawa kepada peperangan ?
Bagaimana ? Bila berkereta , minyak menjadi semacam emas kepada sesebuah negara.
Negara yg poyo macam US akan cari jalan guaner nak 'curi' minyak.

Berkereta juga boleh menyebabkan pencemaran.
Berkereta boleh menyempitkan ruang.

Hujung tahun pasti menggaru kepala utk melangsaikan insuran dan road tax.
So, ada golongan ini tidak mahu berkereta.
Jika tidak mampu, itu soal kedua, ttp mereka beriman kereta seolah2 menjadi
berhala baru dalam masyarakat moden kala ini.

Kereta mencermikan status. Jika berkereta, maknanya gaji 3 atau 4 angka.
Kita tak tahu berapa sebenarnya tunai ada dalam poketnya sekarang.
Ttp itulah realiti.

Kerja 3-4 tahun di KL, balik naik bas jugak...
Orang akan pandang slack, tu yg gaji ciput gagah jugak beli kereta ....

Yang pasti tengok pada situasi.
Keperluan atau kehendak ?
Keperluan disusuli dengan kemampuan ...
Jika mampu, beli , tak mampu bermotor sahaja....

Jangan fikir apa orang kata, fikir apa poket kita kata ?



Tiada ulasan: