08 Disember 2004

Nasyid Melayu - Pondan Berkupiah ?



Agak kasar bunyi nyer kan ?
Tapi ini adalah salah satu ruangan analisis dalam majalan I bulan ini..
Mungkin sebagai provokasi utk menyedarkan nasyid followers supaya membuat perubahan atau paradigm shift !!

Perhatikan pada pakaian.
Semua mengikut trademark Raihan ...
NowSeeHeart aku rasa ada buat kelainan dalam pemakaian ...

Perhatikan pada tema lagu.
Jika ada di dapati resipi kumpulan A berjaya, maka akan adalah kumpulan yang memfotostat idea tersebut. Kumpulan yang meletup dengan tema 'cinta halal' maka adalah lagi berpuluh2 calon kumpulan nasyid yang akan memcopy-paste tema tersebut.

Perhatikan pada pembikinan video clip!
Part ni dah lama aku ushar...STEREOTYPE !!
berdiri ramai2 , tangan secara harmoni akan diangkat seperti tangan sorang wartawaan tv3 yang sangat rajin menyelongkar kilang2 haram yang membuat sisa toksid.

Resepi mengambil artis rock dan pop untuk di bawa bersama menyanyi lagu ketuhanan
Nampaknya Raihan berani membuat perubahan. Aku bersetuju dengan point kumpulan Raihan supaya dapat menarik mat rocker supaya mendekati irama nasyid ttp make sure penampilan kemas. Tidak memakai rantai sebesar sauh kapal semasa menyanyi. Takut kita pulak terikut depa !! Hehehe...

Anyway ... teruskan bernasyid dan berdakwah kepada mereka yang masih beriman dengan irama Linkin Park dan sekutunya ...

oppsss!! ... Ssyyhhhh !!! AY terlena aku snap aksinya ...



Tiada ulasan: