27 Mac 2012

Cerpen Indie #23 : Bunohan (versi Pahang)


"Ayoh! bagi ke kawan la geran tanah tu!! kawan pajok je ke bank te...dapat untung nnt kawan  bayor la balik", Bakar berkeras. Pak Eng terdiam di bilik sebelah.

"Ayoh!!!..."
"ooooooooo...Ayohhh"

Bakar menjadi geram dengan sikap endah tak endah ayahnya. Dia yang berkelulusan agak tinggi berbanding dengan 2 adik beradik lelakinya memang sejak dulu menjadi harapan keluarga. Namun setelah Bakar larut dalam arus komedanan semasa menuntut Edinburg, Pak Eng stress. Stress dengan kata caci penduduk kampung, stress dengan laporan merepek Buletin Utama yang mensensasikan cerita anaknya.

Ya! Bakar dulu pernah menjadi sebahagian dari catatan sejarah pendidikan negara apabila muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan pencapaian 22 A1. Kertas bahasa Tamil dan bahasa Kantonis pun A1. Punyalah merepek dia punya cerdik.

Sejak dari itu, keluarga Pak Eng mendapat durian runtuh. Pak Eng yang dulu kerja sebagai drebar wayang pacak kini bersenang lenangdengan pencen khas dari kerajaan Barisan Pakatan sempena kejayaan anaknya itu.

Namun segalanya musnah, apabila Bakar mula liar. Rambut jadi kuning, seluar kaler pink dan kadang kala suka berseluar legging. Pak Eng mula berubah sikap dari kelakar menjadi pendiam. Hatinya remuk.

Adil anak bongsu Pak Eng , merupakan anak yang paling bengap dalam family. UPSR barai, SRP ke laut. Jadinya dia mula mengikut kawan2 di kampung berlawan gusti lengan. Namun begitu, hasil kemenangan perlawanan gusti lengan itulah yang menampung segala makan pakai Pak Eng sejak skim pencen khas di terminatekan oleh kerajaan Pakatan Nasional gara2 prestasi pelajaran Bakar yang merudum di Edinburgh.


10 tahun , Bakar kembali ke kampung Bunohan dengan satu misi.

"Awok cari adik aok dulu,Adil"
"Kawan ada hal dengan dia. Aok dapat dia, baru kita leh sembang pasal tanah te.", Pak Eng bersuara.

Bakar menyeringai di bilik sebelah. Dia mengadap cermin dan senyum sendirian. Barisan giginya yang putih serta misai yang rapi di sikat ke bawah menampakkan akan liciknya Bakar. Namun rambutnya tetap kuning. Macam harem.

....
....


"Kawan nak cakak sikit ngan aok", Sam berbisik dengan Ilham. Ilham tidak banyak berkata. Dia hanya merenung tajam dan menadah telinga. "Kawan nok aok bunuh babi kampung seberang kampung kita tuh".

"2 ribu"

"Baler...mahal betei....Babi je bukan kawan suh aok bunuh seladang!!"
"kawan bunuh cara orang pro.ni nampok nih....", Ilham mengeluarkan lawi ayam dari poket.
"Peh!! sedak sedak....", Sam tidak berkata banyak.
"Nah! seribu, habis keje kawan bagi belen"

Siapa yang tidak kenal Ilham, pembunuh babi upahan yang terkenal seantero Pahang. Babi babi kalau nampak kelibat Ilham memang muka jadi putih.

....
....


"Adil, ayoh suh balik, dia ada hal nak cakak ngan aok", Bakar menyergah Adil yang kebetulan lalu di laman rumah. Punyalah senang nak cari adik dia rupanya.

"Woi , budok  ! aok buat mende masuk rumah kawan ni??". Entah dari mana , budak yang tidak berbaju masuk ke dalam rumah Pak Eng. "Balik ! Balik! kang hilang laptop kawan ...."
Budak itu melompat dan hilang . Takut dengan Bakar barangkali.

"Gini Adil, kawan balik ni nak citer pasal tanah kita kat tepi sungai tu, ada tokey cina nak beli. Harga yang dia nak beli , kira2 boleh la kalau kita nak melancong ke Mauritus."

"Habis dah tanah ayoh kawan jual weh.....Aok tu bodo sangat duk lama ngat kat luar negeri ngape ?"
Adil gelak kecil.

"Gampang! dah tu apa lagi harta yang kita ada ?", Bakar mula menyirap.


"Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!", Adil memoncong mulut ke satu sudut.

Honda lampu bulat kaler kelabu , bertongkat dua, cermin capang, seat koyak, tayar separuh botak, plat number patah. Atas handle tersergam seekor ayam jantan bersedia utk berkokok.

"Kok kok kok kooookkkkkkkkkk"

Kokokan ayam tanda petang di kampung Bunohan.....

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh......"

Di selang seli dengan jeritan Bakar. Pak Eng tersengih dari dalam bilik menerima sms dari Normah, janda beranak tiga.




Tiada ulasan: