03 Januari 2012

Cerpen Reverse : Episod (n) Nyah kau dari hidup ku, musibat !


Kaki Apit melangkah longlai ke tebing sungai . Matanya kuyu menunjukkan betapa penatnya dia menghadapi segalanya ini. Ya! Mesin masa berupa jam tangan yang dahulunya menjadi idaman serta rebutan penduduk  kampung Baginda Ali sekarang menjadi igauan ngeri buat Apit.

"Celaka, aku ingat kau pembawa tuah, rupanya pembawa celaka, pembawa bala. Ptuiiiiii!!", Apit meludah ke arah mesin masa beberapa kali tanda geram tidak terperi. Peristiwa2 yang telah di laluinya begitu perit utk di kenang. Dia memejam mata rapat2. Seakan akan mahu membuang imej2 hitam dalam memorinya.

Pelbagai zaman telah di lalui dengan mesin masa tersebut. Zaman Jepun, Zaman Snow White, Zaman Paramewara, Zaman 13 Mei, Zaman Badang, Zaman Pak Pandir , Zaman jack and the beanstalk, peh! memang merepek kalau di fikirkan secara logik pengembaraan Apit mengharungi semua ini.

Setiap hari dia akan di beri misi dalam setiap zaman yang berlainan. Misi itu akan terpapar di skrin jam dan Apit perlu melangsaikan misi itu dalam tempoh 24 jam, jika tidak dia akan terperangkap dalam zaman itu buat selama lamanya.

Wajah Dayang kepada Tun Teja  , iaitu Dayang Zalila masih terngiang ngiang di mindanya. Wajah gergasi Sir Hadi dalam zaman  jack and the beanstalk  juga masih segar . Wajah pembelot Melayu , Daim Sarul dalam zaman Jepun tidak akan di lupa kan nya.

"Sekarang , aku ingin bebas. Aku tidak mahu lagi terikat dengan mende musibat ini lagi. Nyah ! ko dari hidup ku ! Nyahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Dengan sepenuh kudrat, jam tangan berupa mesin masa itu melambung ke udara sejenak sebelum jatuh ke dalam sungai.

Debushhhhhh!!!

Mesin masa itu perlahan2 tenggelam dari permukaan air. Sirna. Hilang dalam gelap air di dasar.

Apit menghela nafas lega. Dia berpusing lalu meninggalkan tebing sungai. Biar derita ini dia seorang sahaja yang tahu. Janganlah ada manusia lagi yang menerima nasib sepertinya.  Jangan!

TAMAT.

bersambung ke blog Zalila

Tiada ulasan: