21 Februari 2011

Anti Sistem dan Budaya Barat.

Sambil2 minum air sirap yang mahal dan tawar di kantin sekolah, gua dan beberapa ahli anti sistem mendengar khabar ada budak baru nak masuk sekolah petang nanti. Dengar khabarnya dia dari sekolah agama Ikhsan , Kuantan. Sekolah ni sebenarnya macam MRSM atau MCKK kalau dalam arena sekolah aliran bukan agama.

Topik ini menjadi sedikit hangat bila masuk part jantina. Kalau makwe, maka sahlah dia memang pakej macam Siti Nurhaliza. cantik dan pandai mengaji. Cantik dan jahil serupa Celion Dion la ye dak ? Jadinya beberapa minit selepas itu, runner kami cakap dia adalah lelaki dan ternyata kami bukan gay. Gay dan pelajar sekolah agama memang disaster. Gandingan Botak Chin dan Bentong Kali lagaknya.

Tepat jam 3 petang, Ustazah Zainab memperkenalkan di hadapan kelas murid baru tersebut. Ada rupa juga la. Rambut kerinting, badan keras, sederhana tinggi, jalan mendada. Ciri2 ini memang layak jadi ahli kumpulan anti sistem kami. Jadinya, sejurus tamat kelas Ustazah Zainab dan kelas Ustaz Yap utk Feqah dibatalkan , kami membuat gimmefive secara serentak dan seirama.

Seperti biasa, kami mengerumuni pelajar tersebut utk mendapat tahu profile ,latar belakang , 10 perkara yang disukai dan dibenci, alamat rumah, nama penjaga dan muzik kegemaran. Lantaran kebanyakan ahli kami meminati muzik keras dan rebel , soalan tentang muzik kegemaran amat kami berdebar menunggu jawapannya. Dari gaya lagaknya , gua syak dia berat ke Ekamatra, Massa atau Gamma. Padanan antara rambut A Mahmud, seluar GQ siap ada buckel kat tepi dan kasut penguin, gua amat yakin dia berat ke situ.

"Hah...aok minat muzik mende ?", tanya gua jenis tak sabar.

"Vanilla Ice", dia jawab tenang.

"All right stop collaborate and listen , Ice is back with my brand new invention ....."

Dia nyanyi tanpa kertas lirik dan juga tanpa kami suruh dia berdiri dan menari tarian Barat tersebut sehigga fade away.

"Patutlah kene buang dari sekoloh Ikhsan", gua mengeluh perlahan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah3

DeLinn berkata...

kekekekeekekek lawak!

Rohie Husain berkata...

weh...saper ke budak ikhsan ni.... balerrrrr

Tanpa Nama berkata...

dah jadi artis ke dia sekarang?