31 Disember 2010

Pagar Makan Padi.

Darjah 3, Maran, 10 pagi.

Hari itu cikgu kurang masuk kelas. Dengar khabarnya sibuk nak bermiting sampai lebam. Mungkin nak buat hari penyampaian hadiah atau sukan tahunan. Sepatutnya prentan ni , Cik Lau Chee Beng masuk kelas ajar matematik. Tak kan ngajar tajwid pulak ye dak ? Tapi jauh di sudut hati, gua ingin belajar kung fu dengan dia. Dengan muka ada iras2 Jackie Chan , Cikgu Lau memang gua syak pandai kung fi melihat ke gaya dia melempang budak.

15 minit berlalu dengan pantas. Keadaan kelas tak yah kira la. Dah serupa kem pelarian Uganda. Budak2 mengelupur ,lari , melompat, menyasor, mengendap, menerajang, menari ago go, dannn....

nun jauh di sudut hadapan kelas, gua perati budak2 dah buat bulatan kecil. Dalam keadaan huru hara beserta asap2 , gua mencelah di antara budak2 meluru ke depan melihat apa yang berlaku bagi mendapat gambaran yang tepat. Setelah bersusah payah, akhirnya gua sampai.

Pehh....breakdance !! gampit.. anasir gila2 remaja ni sekejap je sampai ke Maran rupanya. Ini tak boleh jadi, gua buat2 petik jari tanda mendapat akal licik.

Selepas 10 minit , gua berlari2 secara terbalik menuju ke bilik guru tercungap2 mencari idola gua, Cikgu Lau.

....
....
.....


"Sapa lagi breakdance tadi ???", jerit cikgu Lau sambil menghunus rotan sebesar peha lembu. Seperti biasa, budak2 perempuan menunjuk kepada pesalah2 laku. Dalam sekelip mata, pesalah2 beratur di depan buat muka masjid.Gua senyum sambil angguk2 tanda padan muka korang.

"Rizal pun sekali cikgu!!", Azilawati (bukan nama sebenar) menunjuk kearah gua yang masih tersengih2 tadi.

"Harapkan pagar, pagar makan padi", getus hati Cikgu Lau sambil bersiap sedia nak melibas rotan.

Gua ingat time tu ketua kelas ada kekebalan macam sultan2. Cilakak.....

4 ulasan:

Naz ( ナズ ) berkata...

Wah! Lawak gila. Memori zaman sekolah dulu memang agak best!

Unknown berkata...

naz, tq

Abdul Munir Sanusi berkata...

Zaman lu dulu breakdance tengah 'high' lagi ke? Bukan zaman mat rempit apa?

Tanpa Nama berkata...

kui3,mantap...