01 November 2010

Tragedi Ray Ban di hari Jumaat

Jumaat sudah tiba, selain pisang yang menjadi motivasi ke masjid utk menjamu selera, panas neraka yang melebihi panas tengah hari di Kelana Jaya turut menjadi faktor. Kebetulan entah kenapa gua bercuti hari itu sempena Hari Hol Negeri Pahang yang gua reka sendiri. Letih juga cuti pasal hal orang lain. Jadinya , gua cuti sebab gua orang Pahang tetapi kebetulan keje di Kolumpor. Jadinya , menurut perkiraan makrifat gua, tak salah gua bercuti sempena kePahangan gua.

Waktu khutbah masih lambat lagi sebenarnya. Jadinya gua pun mengambil keputusan pergi awal ke masjid agar nampak seperti pak cik2 pencen. Masjid Kelana Jaya ni glemer setahun sekali sebenarnya. Time musim haji dia punya havoc , jual mainan reject macam dekat pasar malam tu pun , berebut2 sampai berampas2 membeli. Punya lah tak senonoh sampai tak sedar dia tu nak pegi Haji. Dah beli baru nak ishtiqfar 18 kali.

Lengkap berkain pelekat, gua menyusun langkah berjalan2 secara sambil lewa. Elemen2 keselamatan tetap gua ambil kira seperti anjing gila dan juga pemandu mabuk di siang hari. Oleh yang demikian, setiap 2 minit gua akan menoleh ke belakang melihat situasi adakah benar2 selamat atau tidak. Amat tidak molek, di kejar anjing gila tatkala berkain pelekat. Tambah sadis lagi berkain pelekat tidak bertiub. Di dalam keadaan cemas, apa2 pun boleh berlaku. Maruah tidak boleh di jual beli orang kabor.

Sesampai di masjid, gua sedikit berasa lega. Kali ini betul2 licin proses penjumaatan gua. Smooth and steady. Anjing gila tidak mengejar. Pemandu mabuk menyondol jauh sekali. Tarikh ketika itu pun bukanya 13 haribulan. Khurafat orang putih.

Sof jemaah ketika itu sedap2 juga. Tak sesak2 macam berebut salam cium tangan dengan Perdana Menteri. Semua nampak macam tenang. Gaji dah masuk barangkali. Dengan segala kepayahan gua panjangkan peha dan betis agar deras ke sof hadapan. Lagi depan lagi in pahala dia orang kabor. Makin lama , makin selesa gua melangkah jemaah.

PRAKKK!!

Dengan segala kepayahan juga , brader berbadan agak sasa bingkas bangun. Berbaki 15 minit mahu azar Zohor, brader tu angkat bingkai Ray Ban dia yang dah barai sambil buat muka Bruce Lee. Gua buat muka Aziz Sattar la apa lagi.

3 ulasan:

makwe joni berkata...

tak guna buat muka bruce lee kalu sebab nak kaver diri sendiri

makwe joni berkata...

eh, gua nak kabo mcm gini sbnrnya ~

tak guna buat muka bruce lee kalu sbb nak kaver diri sendiri yg letak ray-ban merata

Hashim Zabidi berkata...

bertarabur pahala jumaat...hi hi hi...