Cikgu Bidin berdiri tegap seolah2 seperti mahu memperkatakan sesuatu.
"Dengar sini semua !!!"
Burung2 helang bingkas bangun dari tidur lalu kucar kacir terbang dalam keadaan mamai. Boleh tahan juga berterabur dia punya flying. Macam helang cacat pun ada. Semut2 keluar dari sarang. Babi berhenti melintas jalan. Yang mana dah ada atas jalan tetap berdiri sehingga menyebabkan jalan di Kg Senggora sesak membawa ke Kg Awah gara gara babi tersebut.
Begitulah penangan suara cikgu Bidin kalau sesekali dia bersuara. Secara rutinnya, dia akan bersuara menggunakan tangan. Ya! tangan ke pipi dengan gegaran 6.5 mengikut skala rekter. Boleh cacat mental kalau tak kuat jiwa. Tapi hati dia lembut sebenarnya. Biasalah orang lelaki tak dapat rokok.
"Petang esok penentuan reputasi pasukan bola sekolah kita. Sekolah Kuala Wau jika diukur dari sudut corak permainan, sekolah kita mempunyai banyak kelebihan. Saya sebagai pengurus pasukan ini menaruh harapan besar kepada kamu semua. Kita bermain sebagai satu pasukan. Ingat!! "
Sekali lagi binatang2 di Kg Senggora berhenti dalam bentuk kena 'pause'. Seolah2 terdengar halilintar di segitiga Bermuda. Masing2 kecut perut.
Gua mendapat posisi bek kanan. Kira gua ni buah pinggang la kalau di analogi dalam organ badan manusia. Peri pentingnya tugas gua sampai Cikgu Bidin sering memandang gua semasa membuat ucapan. Gua senyum sinis. Rakan gua , Suhaidi bertindak menjadi penjaga gawang. Bentuk badannya yang besar macam beruang kutub itu amat sesuai menyelamatkan sebarang ancamam dari serangan bertali arus sekolah Kuala Wau.
"Malam ini tidur awal dan esok petang datang sejam awal sebelum perlawanan. Ada pesanan penting cikgu nak sampaikan. Sapa lambat , cikgu tarik sideburn sampai cabut. FAHAMMM !!!!"
"Peh! dah serupa Liga Inggeris!", getus gua perlahan.
............
Kelibat Cikgu Bidin hilang secara tiba-tiba dan mistirius sekali padahal pusingan kedua baru nak mula. Gua jeling2 dari padang dalam keadaan termengah2.
Pritttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pusingan kedua bermula dengan kedudukan semasa SK Kg Senggora (0)- SK Kg Kuala Wau (4).
Cilakak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan