Kadang2, bila mengeteh dengan kawan2, bincang masalah masing2, banyak rupanya masalah off record dapat didengari. Jika di masjid atau di balasoh (belah Maran, orang tua2 gelor kepada kata ganti kepada surau.), agak terhad atau segan seseorang meluahkan sebegitu hardcore.
Jadi setelah 4 hari gua di Maran, gua kelihatan agak risau dengan perkembangan semasa rakan2 dan juga orang2 tua di sekitar. Memang orang kabo, kat mana2 pun masalah di atas tetap ada tetapi jika masalah itu terkena batang hidung, baru rasa berpeluh dahi.
10 tahun atau 20 tahun dari sekarang, gua harap living legends kepada perkara2 di atas berkubur dan tidak membawa downline2 baru.
Oh ya! setelah mengeteh aka bermuzakarah selama hampir penuh meja bersalin gelas, kami merasakan untuk mengatasi masalah dadah tegar, kerajaan harus menempatkan mereka yang hardcore ini di satu pulau dan di berikan mereka secara berkala, dadah2 gred A (hasil rampasan kan banyak) untuk sarapan, tengahari dan makan malam. Biar demeh makan sampai dugai. Tak sampai setahun , boleh pakat2 baca Yassin dah rasanya. Keh Keh .. reverse saikologi orang kabo ye dak ?
2 ulasan:
Kamu beraya di Maran yek! patutlah tak nampak di Lepih.
Penageg dadah tegar hampir tak boleh dibendung lagi. Usaha kerajaan macam 'Pak Pandir dengan pisang bakar'
Pak Pandir kata: aku nak makan pisang bakar.
Mak Andir kata: klu nak makan pisang bakar gilah cari api.
Pak Pandir balas: aku nak pisang bakar dulu, baru cari api.
Mana satu patut didahulukan, cegah penagih atau musnahkan pembekal.
pak ngah, sebenarnya saya beraya di Lepih dari raya pertama hingga ke kedua tetapi keletihan kerana turut serta mengkhatamkan rumah2 sedara sebelah mertua di Lepih. jumpa mael dan kumprinx pun sehari sebelum raya...
tak pe, panjang umur kita leh ngeteh lagi ye dak ?
Catat Ulasan