12 Ogos 2010

Pasca Maskara Shorties 2010, Top 5 oleh Rizal Gunx.

1- Ikan Langka.
short ini menduduki tangga pertama dalam hati gua. ekspresi sang protagonis amat nipis dan menghiris. ekspresi penderitaan jiwa yang amat true. jalan cerita yg pada mulanya kelihatan berat tetapi apabila membawa kepertengahan , perlahan2 kita dihidangkan dengan persoalan utama. senang cakap, lu tak kene, senang la cakap bai !!

2-Colors of Idea.
Stop motion punya short gua dengar memang leceh nak buat. Hanya hati kering sahaja leh bikin. Tapi kelecehan ini memang berbayar dengan kelegaan gua menontonnya. Kreatif dan segar. Tetapi tak tahu la kat mana dia dapat idea ni, kan ? Bob the Builder barangkali.

3-Kiamu.
Director ni dengar2 bukan calang2. Jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar bergerak begitu harmoni. Terasa kelancaran pergerakan. Emosi bisa turun naik. Cerita biasa isu ragging budak sekolah tetapi menjadi luar biasa dengan adanya kombinasi jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar dapat bergerak dengan harmoni.

4-Enam Lorong
Dengan berlatarbelakang majlis rasmi, sang director dapat mencari akal membuat shorts. Mungkin latarbelakang beliau seorang jurugambar , angle2 yang dipersembah memang cantik dan berbokeh-bokeh. Protagonis hanya ke hulu ke hilir beraksi kosong. Kekuatan shorts ini hanya terletak kepada narrator sahaja dan mujur mesej shorts ini agak ok dan gua boleh senyum2 sambil thumbs up sorang2 dan klik "Like" secara ghaib.

5-Sepi Seorang Abdillah
Gua vote bukan kerana gua kenal dengan Pipiyapong (PP ) dan Vovin tetapi shorts ini kelihatannya hidup dan bersahaja. Temubual dengan rakan2 keliling kelalang PP gua rasa tiada skrip. Lihat sahaja Ismail Othman terkerenyih dan senyum2 tidak tahu nak cakap apa. Itu adalah dia. Dean Sham dengan slanga akademiknya, Nini Marini yang seolah2 mahu bersajak, Pak Ngah Hashim Zabidi membaca kepilan kertas tanda mahu ekspresi diri. Ya! tidak lupa dengan footage2 yang seolah2 diambil tanpa diberitahu. Cuma lebih sedap kalau muka PP tidak ditunjukkan. Barulah mistirius siapakah itu Abdilah.

Sebenarnya gua ada senarai bottom 3 utk shorts di Maskara tetapi bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Hantu Mak Limah dan Hanyut dalam kelas yang lain. Harap maaf !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasi keluar itu senarai bottom 3 kalau berani. biar cepat sikit nama lu naik.

Unknown berkata...

keh keh...

hanie berkata...

sayang btul tak dpt g maskara..balik kg punya pasal..