07 Julai 2010

Sembang Letup EKPD Semi Final Jerman-Spain.



Sekarang Jerman beraksi menentang Spain. Di ramalkan perlawanan akan sengit. Dengan penuh kepayahan gua up kan lagi Sembang Letup Edisi Khas Piala Dunia (EKPD) dengan menampilkan tokoh2 sukan Indie yang terdiri daripada Ozil Fauzi (OF), Suhaimi Sujak (SS) dan Ishraf Ismail (II). Ye! Memang lu tak kenal pun, tapi gua rasa inilah dia pelapis2 Hasbullah Awang yang RTM patut ketengahkan. Ikuti dengan berhati hati. Keh keh ...

1. adakah Jerman boleh selesa dengan format bertemu Argentina ketika bertemu Spain mlm nnt?

OF : Bertemu Spain adalah lawan yg berbeza, coach Jerman semestinya sudah merencanakan strategi tertentu bagi menghadapi Spain pagi ini. Argentina berbeza kerana Maradona bukan seorang coach yg baik. Dia bertuah kerana mempunyai pemain2 berstatus bintang yg sebelum ini berjaya merencanakan kemenangan Argentina walaupun tanpa strategi dan taktikal yg baik daripadanya.

II : Jerman akan main sama mcm sebelum2 ni. Open game dgn serangan dari tepi ke tengah. Ketiadaan Muller akan mencacatkan pergerakan Jerman & ini bakal menjadi 1 kelebihan pd Spain.

SS :Iyap format sama. Oleh kerana kedua pasukan bermain laju, wa ramal malam nie byk aksi tackle, atau acting seperti kena tackle, minta belas dari referee untuk freekick or penalty. Perangkap offside juga bakal menjadi issue malam nie.

2. apa ramalan anda ? Jerman atau Spain ? kenapa ?

OF : Peluang adalah 50-50. Dalam peringat begini amat sukar untuk meramal. Tapi jika di nilai daripada prestasi semasa, sudah tentu Jerman mempunyai kelebihan. Cuma ketiadaan Muller pasti menjejaskan rentak di bahagian tengah jentera Jerman.

II : 55% to Jerman. Kalau pertahanan Spain goyang, Jerman akan menang. 5 dari 6 gol Spain dijaringkan oleh Villa. Spain ketika ini terlalu bergantung pada Villa. Torres tidak memberikan sebarang kesan pd kejohanan kali ini. Tapi, kalau Spain buleh membendung serangan dari Jerman, dengan sokongan Iniesta/Fabregas, Villa boleh meledak & mungkin membawa Spain ke final.

SS : Wa boleh ramal.. tapi lu jgn pulak samakan wa dgn peramal sotong tu. Wa menjangkakan German akan peroleh kejayaan sampai ke peringkat separuh akhir. Spain akan ke final. Kenapa? Sbb wa suka game Spain, klon Barcelona. Bila tgk Spain main seolah wa sedang pegang remote PS3. Wa tolak joystick kekiri, Xavi akan pass bola ke kiri. Wa tolak joystick kekanan, Iniesta akan pass bola kekanan. Betul2 ikut citarasa apa yang wa nak.


3. jika Ballack diturunkan, adakah ia sedikit sebanyak mengurangkan momentum serangan Jerman ? anda bersetuju Ballack tidak lagi relevan dalam skuad Jerman sekarang ? kenapa ?

II : Ballack adalah pemain tengah dari generasi lepas. Game plan Jerman skrg lebih baik tanpa kelibat beliau. Ballack terlalu lama menyimpan bola, tidak sesuai dgn pergerakan Jerman yg kini lebih pantas, tepat dengan penyudah yg klinikal.

OF : Ramai yang berpendapat sedemikian kerana faktor usia, Ballack sudah tentu memperlahankan rentak bahagian tengah Jerman di samping Bastian yg tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya bahagian tengah Jerman dalam merencanakan serangan tapi gua rasa jika Ballack ada dalam team Jerman mungkin dia akan menyumbang kepada sisi lain dalam kepelbagaian jentera tengah Jerman.

SS : German harus berterima kasih pada Ballack kerana kecederaan yang dialami. Kalau Ballack tak cedera, wa tak pasti sama ada dia boleh buat seperti yang Khedira tu buat. Khedira tu lebih rajin di dalam padang berbanding Ballack. Khedira juga boleh puasa penuh dalam bulan Ramadhan walaupun sibuk bermain bola dan ini pasti tak mampu dilakukan Ballack

4. jika skuad Jerman bermain 10 orang akibat seorang dilayang kad merah ? format apakah yang patut digunakan Spain untuk melumpuhkan Jerman ?

OF : Apa punya soalah da... Gua malas nak fikir untuk pasukan Spain. Suruh peminat diaorg yg fikir.

II : Spain akan melancarkan serangan bertali arus & akan cuba memecahkan temboh Jerman dari tengah. Iniesta & Fabregas (harap2nya main) akan cuba merobek pertahanan Jerman dgn thru pass yg berbahaya tnpa mengira jumlah pemain atau formasi Jerman.

SS : Kalau dah team lawan kena kad merah. Nak tunggu apa lagi, format menyerang habis-habisan aaa. German tu byk budak2 muda kacukan, semangat orang muda berdarah campur mmg lain mcm beb. Jadinya Spain sepatutnya boleh menggunakan pengalaman2 yg mereka ada untuk mematikan semangat bola bebudak German tu.


5. komen anda tentang kekalahan epik Argentina baru2 ini di tangan Jerman ? Maradona masih relevan anda rasa ?

OF : Maradona adalah seorang pemain lagenda yg hebat tapi beliau bukanlah seorang jurulatih yg bagus dan berpengalaman. Beliau tidak memberi respons kepada keadaan semasa pasukan dan sentiasa berdoa kepada tuhan sepanjang perlawanan tanpa mahu berusaha mengubah jentera tangah Argentina bagi mengekang penguasaan Bastian, Ozil, Muller dan Khadiera yg memberi ruang dan peluang yg banyak kepada jentera serangan Jerman.

II : Argentina bergelut utk msuk pusingan akhir wc juga disepanjang kejohanan kali ni. Argentina goyang pd benteng pertahanan, penyudah yg agak lemah & hanya bergantung pd messi utk melancarkan serangan yg berkesan. Maradona adalah lagenda, dia dihormati pemain & juga rakyat Argentina malah seluruh dunia. Mudah menjadi jurulatih bila anda dihormati, tp dari sudut pengalaman/strategi/taktikal, Maradona tidak lagi relevan.

SS : Masih relevan. Sebab bagi wa dia seorang yang unik, seorang yang pendek, berjambang, dan boroi tapi terrer main bola (guna tangan). Karakter dia buat wa teringat filem Snow White & the seven dwarfs. Kesempatan ini juga wa nak ucap terima kasih kat Maradona. Dia telah memeriahkan WC2010. Lu bayangkan kalau tak de Maradona dalam WC2010. Mesti bosan, sbb coach lain tak terkinja-kinja mcm Maradona.

4 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Semua salah!Hidup spain!

Unknown berkata...

ha ha ... sotong naik harga....

Yan berkata...

German dah kalah dah....ha..ha..ha..

Unknown berkata...

sembang letup EKPD Final, gua interbiu en sotong.