19 Julai 2010

Badut - Satu Dokumen Terbuka



Orang kabo kalau nak menulis sedak ttg sesuatu perkara, buatlah terlebih dahulu. Tulis tentang peperangan, terjun dahulu dan rasailah kecederaan dan saat2 cemas hampir terbunuh, nescaya tulisan itu mendapat 'jiwanya'. Orang kabolah...

Jadi, gua titipkan sedikit dan sekelumit pengalaman mengarah filem pendek gua kali ini. Seluruh pengambaran di buat di Kuala Lipis, Pahang tempat kelahiran King of Indie, Ismail Othman. Tajuknya "Badut". Memang pendek filem ni kerana hanya running sekitar 1 minit plus plus sahaja.

1-Minat
Gua rasa ni yang mula2 sekali spark untuk buat mende tak masuk akal ni. Impian gua sejak kecil nak buat satu filem sebelum gua mati. Subjek paling dekat dengan gua adalah Palestin. Jadi , bermulalah kembara gila ini.

2-Duit
Dalam dunia kapitalis ini, apa2 sahaja kene ada duit. Tak kan tu pun tak tahu.

3-Kawan kawan
Yes! Ini aset paling utama lu kene jaga. Kenal pasti kawan2 dan bidang kepakarannya. Dah tahu Ismail Othman dan Pipiyapong tu ada band, mesti la dia art dan tahu serba sedikit tentang bunyi bunyian, ye tak ? Keh keh ...

Dean Sham misalnya, selain pandai berkata2 dia juga memiliki set kamera mahal. Jadi, umpanilah dia dengan janji2 manis. belanja cendol Aji selama seminggu misalnya.

4-Storibod
Mende ni memang baharu bagi gua. Terima kasih kepada Dean Sham dan Tok Rimau kerana memberitahu akan hal ini. Ye! Buat filem kene serius. Kalau dah serius, kene keje serius. Serius gua stress dalam membikin storibod.

Cilakak punya storibod.

5-AJK
serius! gua memang tak into mende2 cam ni. Menulis setiap minit mesyuarat setiap kali habis meeting dengan tenaga kerja. (meeting via google talk je sebenarnya...). Tugas2 perlu di sub2 kan kepada ahli2. Tak mampu juga buat semua. GUa bukan sotong kurita.

Kalau boleh, tetapkan deadline utk setiap tugasan. Tapi janganlah serius sangat. Agak2 la. Member2 buat pun tak dapat imbuhan macam David Teoh kasi.

6-Tarikh penggambaran.
Part ni sebenarnya benar2 menguji kesabaran dan komitmen setiap ahli. Setiap orang ada komitmen. Nak gi kayel, nak pegi pekan sari, nak pegi kenduri, nak pegi kenduri saat akhir, ada kelas. Ye macam macam ....Jadi untuk menetapkan persetujuan agak mencabar. Gua free, Primary tak free. Gua free, Dean Sham tak free. Dean Sham free, gua tak free, Primary free tapi last2 tak free. See ?

7-Props
Ini semi penting, Kalau takde , keje still boleh jalan, namun jadi tak seindah di storibod. Jadi, pastikan sebelum hari penggambaran, segala2 nya sedia. Anticipate bencana2 yang bakal terjadi. Jangan harapkan yang indah2 sahaja. Jika boleh kumpulkan pada satu tempat, agar senang di bawa ke lokasi.

8-Kesihatan
Jaga kesihatan sebelum hari penggambaran. Buat plan B,C,D dan E. Z kalau boleh....Tapi gua buat plan B pun saat2 akhir juga sebenarnya.

9-Permit.
Perkara ni berlaku jika lokasi pengambaran berlaku di tempat awam. Buat lah surat rasmi. Tak payah ayat2 bombastik macam nak minta biasiswa. Level2 tingkatan 3 sahaja. Pihak polis perlu di maklumkan seminggu sebelum hari penggambaran. Lain lah kalau lu Yusof Haslam.

10-Doa dan tawakal
Sebagai muslim, setelah anda berusaha, serahkan segala2nya kepada Yang Maha Esa. Doakan segalanya berjalan lancar. dan Yes! "Silent please" "Camera ready" "Rolling..!!" andddd...

ACTION !!

2 ulasan:

salman ® berkata...

wa slalu kutuk felem org 'felem murahan'...tp wa belum ada upaya mau buat felem..ehehe

edd79 berkata...

tahniah bro