09 April 2010

Semenanjung Register - Review



Ni pertama kali gua dapat zine bersaiz macam kertas soalan SPM. Biasanya saiz2 kebanyakan hanya sebesar buku komik Mangga sahaja. Tapi bak kata pepatah Jepun, jangan di sandarkan buku dengan kulitnya ataupun saiznya. Tumpukan kepada ruang tintanya.

Pada gua, interbiu dengan band2 ni semacam biasa sangat. Akibat terlalu banyak membaca zine yang mempunyai rentak demikian, gua semacam sudah boleh mengagak kronologi soalan2 yang bakal di tanya. Band utk ruangan interbiu kali ini adalah dari band yang bedaftar atas nama Always Last. Jawapannya agak panjang. Antara faktor zine menjadi sedikit tebal.

Secara jujurnya dan seperti kebanyakan orang lain , gua into kepada zine ini kerana Rahimin Idris. Dia kawan gua. Maksud gua, rakan facebook gua. Dengar kabar di facebook , sikit lagi Mazidul nak kalah. Kita bikin fan page, amacam ? Setuju tak Mael Primary ?

Artikel bertajuk Rahimin dan Rokok. Dakwah Saiko. Itu sahaja gua dapat simpulkan dari hasil tulisan beliau berkenaan rokok. Paling gua setuju pasal kempen rokok dengan letak billboard Tak Nak. Kontraktor kenyang , rakyat jahanam. Kalau lu perokok dan juga berjiwa rebel , baca hasil air tangan si Rahimin ini. Tulis banyak banyak kang, anti klimak pulak. Gua kasi trailer je.

...dan satu lagi artikel Value Meals vs Your Values. Ini sedikit membuka mata. Pasal fast food punya sindiket. Gua tak tahu akan kebenaran nas nas dalam tulisan tersebut. Mungkin betul mungkin tidak. Fikir dan selidik sendiri utk kepuasan. Tapi bagi gua, ia bagus untuk membuka mata agar melihat dunia ini dengan sisi yang lebih luas. Dunia koprat ini kekadang cam haram jugak. Jenis kebulur nak tengok graf untung naik sahaja, masalah pengguna letak kat punggung sahaja, ye dok ? Ni gua cakap koprat kat Papua New Guinea la, koprat kat Malaysia , kaki masjid belaka.

OK, itu sahaja. Nak pinjam kat gua, gua kasi kaki. Cari Rahimin Idris kat facebook. Apa ? Tak kenal Rahimin ? Nak penerajang ?

2 ulasan:

Fadh berkata...

gua tengah tggu posmen kayuh basikal hantar bgkusan yg rahimin janji nak bg kat gua....apa laa posmen, baru janji nak naik gaji dh malas nk buat kerja!

Unknown berkata...

fadh, dah dapat lum ?