15 April 2010

The Making of ... Wan Ali

Sejak dari malam, gua ke langit mencari ilham, singgah di pohon sena berehat, terbang kembali ke Kutub Utara untuk mendapatkan sejuk dan terus kembali ke Semenanjung Malaysia yakni Kuala Lipis. Berdebar kembali. Tidak jugak tenteram.

Isnin, 3 petang.

"Hah! Keh dah redi, jom!!"

Cilakak, Mael sms macam stedi Tak kan gua berdebar pulak. Tapi sebenarnya gua mengharapkan Mael turut berdebor. Biar adil dan saksama.

Kereta nasional gua bergerak perlahan. Biar lambat sampai. Mungkin debar gua akan reda. Tobat gua tak pernah buat keje tak masuk akal cam ni. Tapi seolah2 ada kuasa menggerak kaki dan tangan utk terus dan terus.

Sedar tak sedar, gua dan Mael dah ada depan rumah Pak Cik Hashim, blogger terkenal Lipis.

"Aok la gi dulu Gunx...", Mael sengih2 suara macam keluar tak keluar.

Pak Cik Hashim keluar menjenguk kepala lantas menghulurkan salam. Mael buat2 sibuk membuat setting handycam. Padahal , turn on je dah cukup. Dia buat2 tune mende2 tak patut agar nampak sibuk teramat. Sekarang dia sudah selamat menyorok di balik handycam. Tinggal gua terkebil2 depan Pak Cik Hashim.


"Hah...tanya la...", Pak Cik Hashim, blogger Lipis bersila gagah berlatabelakangkan ratusan buku2.

Catatan suhu badan gua sekarang adalah 7 darjah selsius. Mael kemam mulut tanda tahan ketawa melihat komedi.

Tiada ulasan: