08 April 2010

Ingat senang jadi lilin ?

pasca SPM ...

Gua betul2 tengah sangap. Duit nak keluar malam menge'teh semakin hari semakin surut. Kerajaan Pahang jenis hulur duit biasiswa style biar lambat asal selamat. Dia tak tahu , kegiatan sosial gua sedikit terganggu sekaligus akan membawa kepada pertumbuhan modal insan yang kurang mampan. Gua tumbuk meja makan tanda berang.

"Ini tak boleh jadi", bentak hati gua. Ada angin perlahan2 meraba2 tulang belikat gua. Sejuk jugak. Tuhan suruh bersabar la tu. Akal licik gua ni kalau tak di guna , baik bagi kat pembesar Mesir sahaja. Kadang2 kalau fikir balik, duit simpan banyak2 kalau takat makan nasi sepinggan je , memang gua hangin satu badan. Orang Palestin bapoklah kebulurnya, orang Mesir kadang2 pinggan nasi dia boleh tidur dalam tu. Cilakak! Gua tumbuk meja makan tanda berang.

"Kat sekoloh rendah nuh, mak dengar Cikgu Aishah cuti bersalin, aok ce terai tanya cikgu besar kot2 ada keje cikgu ganti..", mak gua beri cadangan yang berwawasan.

"Yes!", gua buat lagak gembira macam Ahmad Samerin menang 1 juta More Jutaria. Gua tendang pintu bilik sambil buat summersault. Perlahan2 daun laci di tarik. Mata gua mundar mandir belek salinan sijil SPM ....

"yes! A2 ..!"

"jadi cikgu Bahasa Malaysia sedap sikit, ye dok ?", tak pasal2 gua bercakap dengan diri sendiri. Sekarang masa utk mencari balik baju kemeja dan seluar yankee.

2 ulasan:

Fadh Rahman berkata...

hahaha punoh bebudok klau aok ngajor bahasa hehehe

Unknown berkata...

cilakak